Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 30 Ogos 2012

Semaian Terung Panjang Hijau

Semaian Terung Panjang Hijau begitu cepat pertumbuhannya.  Selepas dialih dari sel dulang semaian ke dalam bekas kecil, terung terus tumbuh dan membesar. Dalam dalam masa 2 minggu akar telah memenuhi ruang dalam bekas kecil tersebut.  Pokok ini akan dialih ke dalam patch terung yang akan dibina di seberang jalan bahagian depan rumah.

Khabarnya terung jenis ini enak dibuat kari, digoreng, dicelur atau dimakan mentah.

Benih Terung Pendek Bride telah kembali ada stok.  Benih Terung Panjang juga kini ada stok, tetapi ia adalah baka berbeza dari baka terung panjang sebelum ini.  Benih Terung yang baru yang tersenarai dalam Senarai Benih Untuk Dijual termamsuk Terung Telunjuk dan Terung Pendek Susu.  Terung ini berwarna putih dan mempunyai isi yang lemak rasanya.  Terung Telunjuk adalah terung kecil sepanjang jari orang dewasa dan lazimnya dibuat kari, dicelur atau dimakan mentah.

Cambahan Terung Panjang Hijau
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
Pautan Terung Panjang Hijau

3 ulasan:

  1. en. is... benih terung, giant matahari n bunga telang yang saya order belum bcambah.. yang lain tu semua ok.. bunga telang ambil masa berapa lama bcambah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benih yang saya uji cambah, bunga telang ambil masa 2 minggu manakala giant sunflower ambil masa 9 hari.

      Padam
  2. ok. terima kasih tentang info tu... **masih mengharap**

    BalasPadam