Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 3 Ogos 2012

Semaian Terung Panjang Hijau

Terung adalah tanaman yang menghasilkan buah dalam jangka masa yang lama jika dibandingkan dengan sayur buah yang lain.  Berbaloi kalau tanam.  Bunganya cantik ketika mekar menjadi hiasan laman rumah dan buahnya menyerlah.  Semaian ini adalah daripada jenis terung panjang hijau.  

Jangan samakan terung di pasaraya dengan terung tanamsendiri.  Terung di pasaraya mempunyai rasa yang kuat kerana proses menuai hingga masuk pasaraya memakan masa.  terung tanamsendiri, petik terus masak.  Rasanya lembut, enak dan rangup.  Enak dibuat ulam (makan mentah), dicelur, dipanggang, atau dimasak sebagai lauk.

Cara menyemai juga mudah.  Walaupun masa cambahan agak lama, iaitu antara 1 hingga 2 minggu, ia boleh dicepatkan dengan merendam benih dalam air suam kemudian disemai di tempat yang gelap selama 48 jam.  Kalau guna kaedah ini, 5 hari dah bercambah -- InsyaAllah.

Semaian Terung Panjang Hijau

11 ulasan:

  1. Salam tuan,
    nanti buahnya warna hijau yea? belum pernah saya tgk..yg biasa wana ungu jerlah..rasa dua mcm mana, lg sedap dari yg biasa tu? thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, buah panjang seperti terung panjang tapi warna hijau. Benih sukar diperolehi dan terhad.

      http://www.tanamsendiri.com/2012/05/benih-untuk-dijual-terung-panjang-hijau.html

      Padam
  2. As salam tuan,
    Benih terung hijau yg ni dh saya order. Tak sbr nk semai dh ni. Lama juga masa utk benih bercambah ye. Terung kalau celur atau bakar lps tu cicah budu..perghh.. sedap tak terkata. Saya dh buh link web ni dlm blog saya. Nanti tuan sudi2kan tempek link blog Dedaun alam kat sini..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam,
      InsyaAllah nanti saya singgah ke blog tersebut.

      Padam
  3. salam tuan is, saya ada kemuskilan ni, saya dah 2 kali semai kucai, tapi tak penah pun bercambah, boleh ke saya guna kaedah benih direndam dalam air suam sebelum di semai, atau benih lain boleh ke buat cara ini

    BalasPadam
  4. Mengapa perlu di tanam di tempat gelap, untuk semai terung ni tuan Is?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maksud saya, tutup bekas semaian dengan plastik hitam. Kalau benih terung terdedah pd cahaya, ia tidak bercambah. Mungkin ini untuk memastikan benih yg tertimbus sahaja yang akan bercambah. Kalau benih terdedah, bila bercambah bahagian kotiledon yg kaya dengan nutrien akan menukarkan simpanan makanan menjadi gula. Kalau terdedah pasti akan menjadi habuan semut.

      Padam
    2. Ada pula benih yg mesti kena cahaya baru bercambah.

      Padam
  5. terung purple june saya masih belum berjaya dicambahkan, soalan kalau tutup bekas dengan plastik hitam, perlukah medium sentiasa lembap atau tidak?

    BalasPadam
  6. biji benih terung perlu ditimbus sedikit dgn Tanah semaian ke?

    BalasPadam