Semaian Kulai King kali ini menjadi dengan cantik. Benih bercambah (keluar akar) dalam masa 5 hari, lebih cepat daripada cambahan terdahulu. Cambahan terdahulu mengambil masa 2 minggu. Dalam semaian kali ini saya gunakan tanah organik khas untuk semaian. Semaian terdahulu saya gunakan tanah campur iaitu tanah liat+pasir+sabut yang dibakar iaitu tanah yang dibeli daripada nurseri.
Saya perhatikan, tanah bakar yang dibeli daripada nurseri kurang sesuai untuk semai cili kulai king. Ia akan bercambah tetapi lambat. Pertumbuhan agak perlahan berbanding menggunakan tanah organik. Tanah dilembapkan sebelum menyemai dengan mencelupkan dulang semaian dalam dulang berisi air. Apabila cili telah bercambah, tanah hanya dilembapkan sedikit, tidak dibiarkan basah.
Semaian ini berumur 2 minggu dan sedia untuk dialih ke dalam bekas yang lebih besar.
![]() |
Semaian Cili Kulai King berumur 2 minggu selepas bercambah. |
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
Cili Kulai King
Salam,
BalasPadamEn.Is nk tanya kat nama boleh dapat tanah untuk semaian tu?..
Biasanya ada dijual di nurseri atau pasaraya. Ia lazimnya dipek dalam plastik berwarna putih. Ia bertepung sedikit dengan warna gelap. Jangan beli tanah hitam (tanah bakar), ia tak sesuai untuk semaian. Nanti saya akan letakkan contoh packing yang dijual secara komersial.
PadamShiro82 boleh juga guna tanah gambut (peat soil) yang dijual.
Ada beza ke tanah organic dgn tanah baja..? Yg saya beli tak warna hitam tapi warna coklat gelap..
BalasPadamKalau coklat gelap, rasanya dah betul tu.
Padamoooo sy rasa..tanah yang dibeli ni tanah bakar..sbb masa semaian bau mcm benda terbakar...color tanah hitam..patut la cili sy slow nak bercambah..
BalasPadamAs salam tuan,
BalasPadamCili kulai king yg saya semai sblm ni semua bercambah dgn baik tp bila anak2 pkk mula tegak, kesemuanya dimakan oleh serangga perosak. Tgk2 lps raya, tinggal bekas semaian saja. 3 hari lps saya semai lagi, tmpt dan tnh dibuah dgn harapan ia tak dimusnahkan.
besar nya anak pokok ni. semaian saya dah masuk 3 minggu,tapi 2 helai daun je. salah tanah kot.
BalasPadamMungkin boleh letak sedikit baja organik, tapi pastikan tidak terkena batang cambahan.
Padamcili saya dah semai 2 hari..belum tumbuh lagi tapi salad green parade dah keluar akar dah saya semai dalam besen je..campur 3 benih-... suka..terima kasih tuan is...
BalasPadam:)
Padamnampak sihat betul pokok cili ni. bukan jenis cili kulai ni ke yang dulu dipaten dan tak boleh diedar pada public? rasanya la masa saya belajar 10-11 tahun dulu. huhu
BalasPadamMungkin kultivar yang lain. Baka ini dihasilkan di Taiwan. Ia diperolehi daripada pembekal ysng sah.
PadamSaya ingat lagi, pembekal tak mahu jual pada saya kerana jumlah yang terhad dan permintaan tinggi. Di peringkat awal dulu saya jual benih ini lebih murah daripada harga yang saya beli supaya semua orang dapat cuba benih ni. Niat untuk berkongsi. Lagipun kalau dijaga dengan elok, satu biji panjangnya mencecah 30 hingga 35 cm, sekaki lebih. Cili sebegini jarang dijual di pasar.
Stok yang tinggal pun dah tak banyak. Tinggal kurang daripada 20 pek.
BTW, cantik juga template baru. cuma font macam kecil sangat.:D
BalasPadamTemplate diperolehi dari blogger. Saya tak buat layout sendiri. Lebih gemar guna masa untuk blogging daripada pengaturcaraan atau rekabentuk
Padam