Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 11 Ogos 2012

Resepi -- Salad Campuran

Kalau ada banyak lebihan sayur tanamsendiri, enak juga kalau dibuat salad.  Jika orang yang dihidang salad tidak gemarkan sayur mentah rakan-rakan boleh hidangkan salad campuran.  Salad campuran yang ditunjukkan dalam resepi ini telah dihidangkan ketika berbuka puasa.  Salad ini menggunakan salad dressing thousand island.

Salad campuran tanamsendiri
Bahan-bahan
1 batang lobak merah tanamsendiri
10 batang garden pea tanamsendiri
1 cawan bunga kobis tanamsendiri yang dipotong
2 biji ubi kentang tanamsendiri
3 biji telur rebus
5 sudu salad dressing thousand island

Cara
1. Buang kulit lobak merah dan hiris setebal 1 cm.  Rebus lobak selama 3 minit.
2. Buang tangkai garden pea dan rebus selama 1 minit.
3. Rebus bunga kobis selama 1 minit.
4. Kupas kulit ubi kentang dan dan rebus sehingga empuk, bergantung kepada saiz ubi, iaitu antara 5 hingga 10 minit.
5. Belah dua telur rebus yang telah dikupas.
6. Campurkan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk salad. 
7. Siram dengan salad dressing semasa menghidang.

Cara Merebus Sayur
1. Rebus sayur secara berasingan.
2. Pastikan air mendidih dahulu sebelum meletakkan sayur.

Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

7 ulasan:

  1. encik semua jenis pegaga boleh dimakan ker?

    BalasPadam
  2. wah ini idea menu bebuka...en iskandar nak tanya...kalau sawi pak choy berusia 2 minggu...kita tak siram air selama 3 hari...akan mati ker? masalah pulak nak balik kampung raya-raya ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Sdri Nadia Rashid,
      Ramai yang bertanya tentang perkara tersebut. Saya akan bincangkan dalam satu posting khas pada hari selasa. Dah tulis tapi letak scheduled. :)

      Padam
    2. ya la, Lynn worried stg nak tinggal rumah seminggu raya nih..habislah pokok2 yg tgh berbunga lebat tunggu masa nak keluar buah..

      Padam
  3. Assalamualaikm encik iskandar, pokok pisang yg sudah berbuah, bagai mana caranya supaya sulurnya muncul di tengah batang pisang selepas dipotong, sebab sesetengah pokok pisang yg sudah berbuah, dipotong tetapi tidak mengeluarjan sulur di bahagian tengahnya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sulur biasanya muncul di bahagian asas (pangkal) batang pisang. bahagian tengah terdapat empulurnya, jangan membazir. Ia enak dibuat kari.

      Padam