Sejak kecil lagi, betik adalah tanaman wajib untuk saya sehinggakan saya pernah bertanya pada mak,
"Mengapa orang tak tanam betik? Buahnya enak, pucuk boleh dibuat ulam. Buah putik pun masih berguna."
Selain dari memakan betik yang ranum, betik putik boleh dijeruk. Biji mudanya juga enak digaul bersama salad dan dimakan dengan salad dressing.
Dalam perubatan tradisi, betik juga amat berguna. Orang dulu-dulu sapukan getah betik pada ketuat. Selepas disapu pada ketuat, ketuat akan luruh.
Orang dulu dulu biasanya ada masalah cacing. Sebelum kehadiran ubat cacing, orang dulu dulu gunakan betik sebagai ubat cacing. Biji betik muda yang berwarna putih dilumatkan dan direbus. Rebusan tersebut ditapis dan airnya diminum. Keesokan harinya cacing akan keluar bersama tinja.
Betik yang ranum enak rasanya. Semua bahagian pokok ada kegunaan. Getahnya pun berguna. |
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
Benih Betik Kampung
amalan makan pucuk betik dikatakan boleh melangsingkan badan...saya sendiri tak tahu keberkesanannya sebab tak pernah cuba makan pucuk betik buat ulam..
BalasPadamPucuk betik yang dicelur (blanched) dan dicicah sambal cili atau budu memang akan menyebabkan seseorang gemuk bukannya langsing sebab gerenti akan habiskan nasi 4 pinggan walaupun kebiasaannya makan hanya 1 pinggan :). Pucuk betik memang enak dicelur, walaupun pahit sangat enak.
PadamMemang saya pernah dengar tentang petua tersebut. Mungkin ada kebenarannya.
Ada juga yang menggunakan misi betik yang dilumatkan dan disapu ke muka untuk haluskan kulit. Ini juga mungkin ada kebenarannya. Mungkin ada rakan-rakan yang boleh tunjukkan kajian saintifik tentang kegunaan betik untuk melangsingkan badan dan menghaluskan kulit.
Jika anda makan daging dan merasa sendat akibat heartburn, memakan betik dapat melegakan rasa sendat dengan segera.
ya... kita suka betik sebagai 'snack'... :)
Padamkupas + potong dadu + simpan dlm peti ais = bila-bila nak makan ambil je sepotong guna garfu...
:)
PadamKalau nak buang air susah lawas makanlah betik masak..inshaallah.
BalasPadamSaya baru beli betik kat kedai tadi.. Buahnya bulat, tak lonjong seperti selalu.. Rasanya manis Dan sangat sedap.. Ada tak en is jual benih spesis betik ini..?
BalasPadamJenis yg saya jual adalah dari jenis yg ditunjukkan di dlm posting ini. Puteri Purnama ada tunjukkan dalam blog dalamlingkaranini.
PadamEn. Is, boleh saya tahu benih cili apa yang paling pedas yg ada pada senarai jualan En.?
BalasPadamSetakat ni, cili kecil super hot, cili merah pedas dan cili wangi dan cili padi kampung. Yang paling pedas susah nak cakap sebab semua cili yang senaraikan saya tak makan mentah.
PadamSaya kerap gunakan daun betik sebagai pelembut daging ketika memasak (ayam pencen Dan lembu). Semasa masukkan ayam/lembu dalam masakan,masukkan juga Daun betik tua yang tidal dipotong potong. Masakan daging Akan cepat empuk. Boleh juga gunakan akarnya,tapi saya sayang nak kacau akarnya jadi daunnya jadi pengganti. Tak silap saya,Ada negara yang mengeluarkan ektrak daun betik sebagai pelembut daging.-Suhaila
BalasPadamTerima kasih Suhaila,
PadamMaklumamt yang berguna. Ini kerana betik mengandungi enzim yang dikenali sebagai papain. Papain juga dikapsulkan sebagai makanan kesihatan. Ia banyak manfaat.
Kalau di Terengganu, area Kuala Ibai zaman dulu dulu, hati ikan yu dibalut daun betik dan dipanggang separa masak. Ia dihidangkan kepada orang yang kurang darah, iaitu esakit anemia serta wanita baru lepas bersalin dan kanak-kanak lelaki yang lepas bersunat.