Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 9 Ogos 2012

Gambar Tanaman Sdr Hadi Md Amin

Terima kasih Sdr Hadi Md Amin dari Melaka kerana sudi berkongsi gambar hasil tanamannya.  Gambar menunjukkan Timun OP yang dipoeroleh daripada tanamsendiri.com.  Cantik serta kelihatan amat subur.  


Timun OP, gambar milik Sdr Hadi Md Amin

Timun OP, gambar milik Sdr Hadi Md Amin
Timun adalah antara taman yang cepat bercambah.  Dari benih yang saya uji, ia bercambah (keluar akar) dalam masa 24 jam.  Walaupun tanaman ini memanjat, anda boleh tanam tanpa menggunakan pancang.  Saya pernah tanam timun dalam bekas styrofoam tanpa menggunakan pancang.  Setiap pokok menghasilkan banyak buah. Ia mudah diuruskan dan cepat berbuah.  Yang penting, apabila pokok mula berbuah, pastikan ia tidak kering.

Buah timun OP yang ditanam sendiri amat rangup, sedap dibuat ulam nasi lemak.  Selain dari timun OP, anda juga boleh dapatkan benih timun batu, timun edison, timun mini, timun mini siam dan yang terkini timun tun.

Saya ada terima beberapa gambar dari rakan-rakan, tapi belum berkesempatan memuat naik ke blog.  InsyaAllah bila ada kesempatan saya akan muat naik gambar-gambar tersebut untuk tatapan semua. :)

Terima kasih Sdr Hadi Md Amin.

6 ulasan:

  1. assalamualaikum en.iskandar,err tanam timun nj tak di balut kertas ke sbb setahu saya timun harus dibalut supaya tidak diserang serangga...saya pernah menanamnye lepas tu habis diserangnya.merajuk taknak tanam lagi hu hu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah lihat orang balut, tapi saya sendiri pun tak balut timun yang saya tanam. Buahnya tidak diserang perosak. Mungkin ketika Sdri Hidayah tanam makhluk perosak sedang mengganas, atau berdekatan kebun yang menggunakan racun makhluk perosak.

      Padam
  2. As salam tuan,
    Saya pernah tanam timun batang baka siam yg buah bsar tu. Mula2 tnm, pkk ok dan berbuah dgn lebat Bila buah masuk pusingan kedua, ada kumbang warna hijau yg merosakkan daun. Daun rosak, layu dan kering. Saya tak gunakan racun sernagga sbb nk buah dan sayuran organik. Ada tak cara berkesan utk atasi kumbang hijau ni. Biasanya ia serang pada waktu mlm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kekabuh tu sebesar ibu jari kan? Kalau krkabuh jenis itu (kekabuh emas), saya letak jaring. Kalau tanam sikit sikit praktikal.

      Padam
  3. Salam, sekadar nak berkongsi pengalaman. Saya amalkan sistem buddy dalam tanaman. Bersebelahan pokok timun dalam gambar diatas saya tanam pokok cili padi @ cabai burung dan pokok kesum seperti yang disarankan oleh Abg Iskandar @ Tanam Sendiri. Sepanjang saya menanam pokok timun ni saya tidak pernah menggunakan sebarang racun. Apa pun terima kasih kepada Abg Iskandar @ Tanam Sendiri kerana blog yg berguna ini. - Hadi Md Amin -

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sdr Hadi. Maklumat tersebut amat berguna untuk kita semmua. :)

      Padam