Tomatillo biasanya tumbuh liar di beberapa kawasan di negara kita Malaysia. Buahnya lebih kecil jika dibandingkan dengan tomatillo yang dijual di pasaraya dan berwarna putih susu berbanding buah di pasaraya yang berwarna kuning susu. Tomatillo liar juga mempunyai rasa yang enak. Saya tanam beberapa pokok tomatillo liar dalam bekas styrofoam, dan alhamdulillah ia tumbuh subur. Benih tomatillo ada dijual melalui blog ini.
![]() |
Pokok Tomatillo |
Tomatillo banyak digunakan dalam masakan mexico,salah satunya salsa. Tomatillo berwarna kuning yg dimaksudkan dikenali sebagai gooseberry atau physallis dlm dunia kulinari,biasanya digunakan dlm dessert sebagai garnisher atau compliment tetapi mempunyai rasa yg agak pelik.
BalasPadamTerima kasih. Saya pernah makan salsa ketika menuntut dulu. Buat cicah tortilla sedap. :)
PadamYang saya semai dari tanamsendiri daun dia bulat bukan biku2 macam dalam gambar. Gooseberry ke?
BalasPadamItu tomatillo dari jenis kuning susu yang mempunyai buah lebih besar dan lebih manis. Ya, ia juga dikenali sebagai Gooseberry. Gambar di atas adalah daripada jenis liar. Buahnya lebih kecil. Yang ini juga dikenali sebagai buah Letup Kelambu.
Padambuah letup kelambu ni rupanya kalau dah matang bewarna kuning tu ke, yang isi macam buah markisa tu
PadamTak sama, pokok letup-letup atau ulat bulu adalah dari jenis memanjat. Pokok tersebut dari keluarga Passiflora.
PadamYang ini bukan jenis memanjat, dari keluarga Physallis.
sebelah kedah kami panggil letup kelambu jugak ( gooseberry).. tumbuh renek.. yang menjalar tu panggil letup aja.
PadamKalau melihatkan buahnya, tanglung lebih tepat daripada kelambu. :)
PadamAda kekeliruan dalam ulasan dalam posting ini. Buah tomatillo juga dikenali sebagai Physalis atau "Cape Gooseberry" bukannya "Gooseberry". Buah Gooseberry adalah buah lain.
BalasPadambaru saya terjumpa posting ni, terima kasih akhirnya saya baru tau ni pokok tomatillo.. :)
BalasPadammungkin saya dapat benih dari tanah yg saya beli di nursery sebab tu lah yang itu tumbuh bercampur dengan pokok cili tu.. ada satu benih yang tidak menjadi tapi pokok ini juga keluar.. boleh guna hand pollination utk dapatkan buah ni?
Tak perlu hand pollinate sebab bunga dari jenis hermaphrodite. Ia mammpu self-pollinate.
Padam