Pokok Bunga Matahari kalau digunakan baja kimia, besar bunganya. Kebiasaannya saya gunakan baja organik. Kali ini ubah sedikit, tapi tak kisahlah sebab tanaman ini tak dijadikan makanan. Kalau sayur saya guna baja organik untuk menhasilkan sayur yang enak rasanya.
Pokok Bunga Matahari dahagakan banyak nitro. Rakan boleh bancuh 1 sudu besar baja urea di dalam 1 baldi air. Siram dua kali seminggu. Boleh juga guna baja NPK.
Bunga Matahari yang disiram dengan baja kimia. |
wah meriahnya.Ini baka op ke, tanam dalam pasu?
BalasPadamIni baka warna bercampur. Kelopaknya ada warna oren sedikit. Ya, ia ditanam dalam pasu. Tanah yg digunakan adalah tanah campur.
Padamcantiknya. besar dan gebu.
BalasPadam:)
Padamyang atas tu gebu la. kalau macam tu boleh la taruk tinja ayam dah diproses banyak banyak
BalasPadamYa, boleh. Sebelum ni saya jaranng membaja bunga matahari kerana lebih fokus pada tanaman sayur.
PadamEn. Is.. Benih bunga matahari telah sy terima semalam.. Agak lewat juga poslaju yer.. Weekend diorang tak kerja agaknya.. Btw terima kasih.. Saya juga telah semai pagi ini mengikut procedure yg dibekalkan.. Ada 2 benih yg dah keluar batangnya dlm bekas tersebut, mungkin benih cambah ketika di jalanan.. Banyak sungguh benih yg en is beri.. Harap2 semua menjadi.. Boleh bagi pada saudara Dan rakan..
BalasPadamAlhamdulillah, lagi 3 hingga 4 minggu banyak kuntum bunga matahari akan menghiasi rumah Nurul.
Padamwah, baka ini dapat banyak kuntum...cantik...
BalasPadambenih matahari lama da dikutip.... lepas ni nak semai banyak2 agar cantik laman rumah.... meriah melihat bunga matahari....
Suap baja banyak-banyak kalau nak simpan banyak kuntum.
Padamsiram air baja urea la camni.... biar besar dan banyak kuntum....huhuhuhu
Padam:)
Padammcmana satu pokok jadi byk bunga?saya buat x jadi pun..T_T
BalasPadamKebiasaannya ada tunas sisi. kalau dibaja dengan banyak, ranting baru akan tumbuh menghasilkan bunga. Biasanya bunga sekunder lebih kecil dari bunga utama. Pokok ini disuap baja secara intensif, sebab itu ia menghasilkan bunga yang banyak. Tapi kalau inginkan bunga utama besar, elok buang tunas sisi.
Padam