Bila menanam sayur, walaupun tidak menanam pokok bunga, halaman rumah pasti akan terhias dengan bunga-bunga yang mekar dan cantik kerana sebelum menjadi buah, pasti ada bunganya. Hari ini tangkap gambar guna kamera HP, jadi gambar kurang jelas sedikit. :P
 |
Bunga Senduduk. Pucuk pokok ini digunakan gunakan sebagai paste untuk membuat telur pindang di Negara Cina. |
 |
Semaian keratan petunia tidak sabar untuk berbakti. Dah mempamerkan bunga yang mekar walaupun masih dalam semaian. |
 |
Bunga Telang dijadikan pewarna makanan dan minuman. Di India, biji kacang dijadikan serbuk dan dikapsulkan sebagai supplement makanan kesihatan. |
 |
Bunga Matahari penyeri halaman rumah. Bijinya dijadikan kuaci dan minyak masak berkualiti tinggi. |
 |
Roselle, kelopaknya dibuat salad. Kaliks dibuat jus, sirap, halwa dan jem. Bijinya dibuat minyak. Daun dari jenis liar dimasak sebagai sayuran. |
|
bunga senduduk yg ini, jenis bunga ke atau senduduk yg hidup liar? senduduk yg liar tu bunganya lebih kepada merah jambukan.
BalasPadamYang ini baka F1, dari Taiwan. Pucuknya digunakan untuk buat telur pindang (cina). Saya tak tahu pun cara buat, tapi simpanlah sepokok buat stok.
PadamSaya pernah lihat senduduk warna putih bunganya. Juga ada saya lihat orang buat herba. Tapi tak tahulah bagaimana. Apapun, bunganya cantik.
PadamEn.Is... kalau buat telur pindang style org johor/jawa... daun senduduk juga sebahagian daripada ramuan yg digunakan... ada banyak lagi daun lain yg dicampurkan seperti daun nangka, daun serai juga daun lengkuas... cuma saya tak menuntut habis ilmu tu dari 'arwah tok - jiran saya'... rugikan saya...
Padamtiap kali merasa telur pindang sekarang ini... saya rindukan rasa telur pindang semasa majlis kahwin saya, yg dibuat oleh arwah tsbt... sangat sedap...
telur pindang sekarang tak sesedap dulu... kebanyakannya dibuat secara komersil utk dijual... jadi bahan dia janji ada rupa je... :(
Ada tak saudara lain yg tahu buat. Rugi kalau tak berkongsi ilmu. Ia terkubur bersama arwah. Di kampung saya pun banyak ilmu terkubur bersama pemiliknya.
PadamNak buat telur pindang ni kena ada tahap sabarnya jugak sbb rebusannya kena api yg kecil dan biasanya sehingga 2 hari 2 malam untuk pastikan sebatiannya betul-betul meresap :D
Padamsenduduk yg tuan Is tanam ni, benih ada dijual?
BalasPadamSenduduk putih, puan Herny blog mama dan puteri ada kongsikan gambarnya.
Kena selongkar dulu. Rasanya masa beli benih dulu tak semai semua.
Padamkalau nak cari senduduk putih, ianya skrg ni dah banyak di jual di nurseri sekitar sungai buloh - kena rajin cari kenal pasti nurseri mana... yg saya cam di kawasan hospital kusta lama - ada... cuma buat masa ni saya belum terbuka hati nak membelinya...
PadamDah lama tak ke sana.
Padamala... keliling rumah En.Is pun dah macam nurseri... mana la nak pegi Sungai Buloh lagi kan... :) saya ni akan pergi kalau cari pokok bunga / hiasan yg saya tak bole tanam dgn benih... sambil-sambil tu mula la riki pokok-pokok lain... :)
PadamKelopak roselle dibuat salad? Bagaimana cara nak tuai kelopak ini untuk dijadikan salad? Menarik juga untuk dicuba nie
BalasPadamBila ranting terlalu padat dengan putik dan bunga, saya tuai sebahagian drp bunga utk jarangkan buahnya.
PadamKelopak roselle untuk dibuar salad tu menarik juga..
BalasPadamRasanya masam sedikit. Perfect untuk salad.
PadamRoselle jenis liar dikenali dgn nama sama paya oleh org bahagian utara. Sedap dijadikan bahan masakan.
BalasPadamJenis liar di sini dikensli sebagai Asam Susur.
PadamPetunia boleh di buat keratan (propagate)rupanya. tapi biasanya petunia ni batangnya semua lembut, macam mana nak tau yang mana sesuai untuk dibuat keratan ?
BalasPadamSaya uji pokok yanng ingin dicambah melalui batang.
Padambatang lembut sangat senang untuk dipropagate pada pengamatan dan pengujian saya...
Padamsetakat ni semua pokok batang lembut seperti tomato, pucuk meranti, wonderberry semua tumbuh bila saya cuba propagate.... tapi pakai hormon pengakaran untuk cepatkan keluar akar...dan pastikan tanah lembab sentiasa...
Saya belum cuba lagi dengan tomato, kena cuba ni.
Padam