Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 24 April 2013

Benih Untuk Dijual -- Terung Besar Naga Putih

Terung Besar Naga Putih, menghasilkan buah bewarna putih susu dengan saiz 18cm yang gemuk.  Pokok terung jenis ini tahan penyakit dan mempunyai batang dan ranting yang kukuh. Isinya lembut, enak digoreng, dipanggang, dicelur atau dibuat ulam.  Sebelum ini saya namakan terung ini terung pendek susu.  Saya dapati buah yang dihasilkan besar dan lebih sesuai dikategorikan sebagai terung besar.


Setiap pek mengandungi 10 benih (purata).  5 pek dijual dengan harga RM10.

Benih Terung Pendek

Cara Memesan Benih

17 ulasan:

  1. gebu nya...next order lah pulak

    BalasPadam
  2. Masa order benih semalam, terung comel takdak dlm senarai. Nk kena order semula lps ni..hehe..

    BalasPadam
  3. terung ni daripada usianya putik sampai kewaktu matang memang berwarna putihke en iskandar? lagi satu macammana nak tahu waktu sesuai utk memetiknya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, putih.
      Terung paling enak rasanya ketika kulit paling berkilau. Bila kulit mula pudar, rasanya makin pahit.

      Padam
  4. nak order terung ni......masih ader?

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Saya simpankan beberapa pek untuk akira. :)

      Padam
  6. Assalam,
    En Is, benih saya dah bercambah dalam 3inchi..bila masa saya perlu alihkan ke batas?
    terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perhatikan daun. dua helai pertama adalah daun biji benih atau daun kotiledon. Daun ketiga rupanya sama seperti daun pokok dewasa. Ini dikenali sebagai daun sebenar. Bila keluar dua atau tiga daun sebenar, alih cambahan tersebut. Jika gunakan dulang semaian yang mengandungi 104 sel, ketika ini akar telah memenuhi sel. Jika tidak dialih, pertumbuhan akan menjadi perlahan.

      Padam
  7. berapa lama terung ni berbuah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari pengalaman saya, 8 minggu selepas disemai. Ia akan berbuah lebat selama 6 bulan.

      Padam
  8. masih ada lg benih terung ni ?

    BalasPadam
  9. Tuan, boleh ke tanam dalam pasu.

    BalasPadam