Terdaat dua jenis buah, iaitu yang mempunyai isi utih dan isi merah jambu. Benih yang diedarkan melalui blog tanamsendiri adalah benih yang menghasilkan buah berwarna merah jambu. Setelah diuji, benih bercambah dalam masa 24 jam. Jumlah benih adalah terhad. Dapatkan segera.
Pokok Buah Naga. Sumber gambar: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Than_Long_Green_Gragon.JPG |
![]() |
Benih Pokok Buah Naga |
1 pek mengandungi 20 hingga 30 biji benih. 5 pek dijual dengan harga RM10.
Cara Memesan Benih
Encik ni, kalau bleh sume bende nak dijual haha............
BalasPadamlepas ni benih ape lak nak jual encik? benih durian musang king? oih.... berpuluh tahun nak berbuah encik.....huhu......
PadamAlhamdulillah.. Bersyukur ada blog en Iskandar ni. Benih yg susah di kedai mcm ni, boleh didapati. Terima kasih en Iskandar kerana sudi berkongsi.
PadamSama-sama. Rasa berbaloi segala usaha bila hasilnya dapat dimanfaatkan.
PadamBoleh tak en Is terangkan sedikit cara penanaman buah naga ini? Saya dengar ia perlukan tiang konkrit untuk bergayut, jika tak ia takkan berbuah.
BalasPadamUmur pokok ini agak lama. Kalau di ladang, kalau guna pancang kayu, secara komersial merugikan sebab kayu cepat reput. Kalau tanam tepi rumah ikat di pagar pun ok. Saya pernah lihat orang tanam tepi rumah tanpa pancang. Ia berbuah tapi pokok kelihatan kurang cantik sebab terlonggok di atas tanah.
PadamBenih yg saya terima agak cepat bercambah. Saya rendam selepas berbuka, pagi dah keluar akar. Malangnya saya pesan sedikit sahaja sebab benih dijual terlalu mahal.
Ada org bgtau, pokok ini perlu ditanam di tanah jenis berpasir, betul ke En Is? Teringin nak tanam tp ruang di rumah amatlah terhad
BalasPadamTak semestinya berpasir, tapi saliran mesti elok. Pokok kaktus memang macam tu. Tapi penjagaan mudah. Boleh balik kampung tanpa risau tentang air.
Padamassalamualaikum en iskandar,firstly terima kasih dengan benih percuma yg baru diterima pg tadi.tengtang buah naga nie, saya tak tau pula ada biji benih ya. saya tanam dengan menggunakan keratan batangye...dan jenis yang berisi merah.sedap di makan dengan aiskrim vanilla hu hu nyum!
BalasPadamYa, ia juga boleh ditanam dengan keratan batang. Buahnya memang enak. :) Makan dengan aiskrim perisa vanilla, satu lagi nikmat kehidupan.
Padamambil masa berapa lama kalau tanam
BalasPadamdia berbuah?
Kalau dengan biji benih, 4 hingga 7 tahun. Masa yang agak lama, tapi sementara itu pokok boleh dijadikan hiasan.
PadamAbg Is..nak satu pek boleh x simpankan?huhu
BalasPadamOk, saya simpankan.
Padampokok buah naga mak saya kata lambat berbuah..betul ker?
BalasPadambila baru boleh keluar hasil..
Ya betul, tapi berbaloi penantiannya. Bila mula berbuah, berterusan.
PadamPokok mula berbuah antara 4 hingga 7 tahun. Ada yg menyatakan 2 tahun dan mula berbuah. Walaupun begitu, sementara berbuah boleh dijadikan pokok hiasan.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamSaya berminat untuk tanam di tanah ibu saya, tapi di situ banyak monyet. Tanam apa pun semua di cabut. Kalau pkok buah naga yg bduri ni, mengikut pengalaman encik, dia cabut jugak ker? Tq
BalasPadamslm..tlng smpnkn 1
BalasPadamWaalaikum salam,
PadamStok masih banyak. Saya simpankan untuk EZZAH.
salam,
BalasPadammasih ada stok lagi tak?
en iskandar masih menjualkan benih buah naga?
BalasPadamen is masih menjual benih pokok naga?
BalasPadamen iskandar masih menjualkan benih buah naga?
BalasPadamMasih ada, tapi baka isi putih dan merah sahaja. Benih buah naga kuning dah habis stok.
PadamTuan, ada jual batang buah naga?
BalasPadamKetika ini tiada. Dah lama habis.
Padamtuan , ada jual tumbuhan pitaya?
BalasPadammcm mana update pkok buah naga yg en tnam dr benih? da mmbesar atau ada hadapi msalah? sy bru nk tnam dr benih..
BalasPadam