Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 1 Mei 2013

Benih Untuk Dijual -- Bendi Emas Berbuah Lebat

Bendi emas adalah antara benih eksotik yang bolehi didapati dari blog tanamsendiri.com.  Bunga dari baka ini tumbuh bukan sahaja di bahagian pucuk pokok, malah di bahagian batang yang lain menyebabkan setiap pokok dipenuhi buah dengan saiz yang sekata.
Buah yang dihasilkan gemuk, lembut, rangup dan enak dimakan.  Kulit buah diselaputi bulu halis seperti baldu.  Oleh kerana buahnya yang sangat lebat, sendi Emas sesuai juga dijadikan tanaman hiasan.

Buah bendi dari baka Bendi Emas.




Benih Bendi Emas

Benih amat bernas.  Ia bercambah dalam masa 1 hari.  Selepas 3 hari disemai, cambahan kelihatan seperti  dalam gambar ini.


Setiap pek mengandungi 5 benih. 5 pek dijual dengan harga RM10. 


Cara Memesan Benih

119 ulasan:

  1. En is.. Simpankan saya benih ni ye.. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok saya simpankan untuk Nurul. Nurul booking berapa pek?

      Padam
    2. Saya nak 2 pek.. Nanti saya email lagi dengan benih2 yg lain.. Tq

      Padam
  2. saya pun nak 2 pek..nanti sy email pesanan benih yang lain..:D

    BalasPadam
  3. order benih sayur dan bunga dah dihantar

    BalasPadam
  4. Bendi ni sesuai tanam kat bekas?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, bendi juga sesuai ditanam dalam bekas. Lebih besar bekas, lebih besar pokok yang dihasilkan.

      Padam
  5. En. Is...tolong simpankan benih bendi ni ye,dlm masa terdekat saya emailkan order list dgn benih lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. OK saya simpankan untuk Aku P@aN.

      Padam
    2. En is..kalau boleh sy nak tambah lg 1 pek,jadi simpankan 2 pek : )

      Padam
  6. Salam Tuan,
    Nak book 5 pek kalau masih ada stok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Sdr Baguznet,
      Ok saya simpankan 5 pek.

      Padam
    2. Salam Tuan,
      Kiriman telah selamat diterima. Terima kasih byk2 ye

      Padam
    3. Alhamdulillah. Bulan depan kita makan bendi celup tepung.

      Padam
    4. patch belum disediakan lagi En Is... jadinya layan kangkung dulu :D

      Padam
  7. Salam Tn Is,
    Boleh simpankan untuk saya 2 pek, hari tu saya ada booking salad Marco juga. Nanti dah cukup saya emailkan jumlah. :-)

    BalasPadam
  8. wahhh... dah ramai book...
    kita nak juga cop 5 pek... ;p

    BalasPadam
  9. en. is.. saya bru jak order.. pls check email.. tq

    BalasPadam
  10. Ada cadangan tak pokok yang sesuai digunakan untuk menutup sinki, terutama di kawasan kampung dimana sinki disalurkan ke tanah menyebabkan kawasan beladung dengan air cor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tanah yg lembap, saya suka tanam daun kesum :D

      Padam
    2. Cadangan yang baik. Kangkung, daun kadok, dan keladi.

      Padam
    3. daun kaduk nak tempat teduh... klu banyak air tapi panas pun dia tak jadi... saya dah try tanam kaduk ni... dia nak tempat redup... kesum dan kangkung ok... banyak air dan panas diorg suka je...

      Padam
    4. Kadok kalau terlalu panas ia renggeh sedikit, tapi bila akar dah stabil ok ajer. Kena kawal sikit kalau tidak seluruh kawasan akan dipenuhi kadok.

      Padam
    5. hahaha... betul... nanti 'kaduk naik junjung'... :)

      Padam
  11. en is... booking benih ni 2 pek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama perlu kenalkan diri upaya saya boleh kenalpasti pek mana untuk siapa. :)

      Padam
  12. ada lgi ke en is?sya mau jgak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada lagi. Jumlah yg tinggal membuatkan saya berdebar ni.

      Padam
  13. encik sya nak order kacang buncis, kacang botor dan bendi emas nanti saya bank in............

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Pencari Kedamaian. :)

      Padam
    2. encik, tambah limau purut nge timun tempatan. cukup rm 10 huhu

      Padam
    3. Benih limau purut tiada dlm stok.

      Padam
    4. tambah betik kampung encik, abdul rahman al-ghafiki 10894 kg durian tinggi, bkt payong 21400 marg, trg

      Padam
    5. tambah benih betik kampung, abul rahman al-ghafiki

      Padam
    6. Nanti Pencari Kedamaian emelkan maklumat pesanan untuk elakkan kekeliruan.

      Padam
  14. saya nak satu peket...ptg ni sya bank in kan tuk suma biji benih dan sya akan email en is ya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, terima kasih hitomi lavender.

      Padam
    2. sya sdh buat pembyarn mlalui acc maybnk en is pkul 3 ptg td...dan sgala butiran sya dah hntar ke e mail en is..

      Padam
    3. Benih yg dipesan akan dikirim esok.

      Padam
  15. As salam tuan,
    Saya pn nak juga benih ni. Sekali dgn benih petola ular. Nti saya emel order pd tuan dan payment sekali. Bendi singa yg saya tnm dh keluar kudup bunga. Pkk masih rendah tp subur, ia normal ke? Usia pkk lebih kurang sebulan lbh dr bercambah. 9 drp 10 biji benih bercambah dan hidup. Petola ular pn dh membesar, sulur tendril pn dh ada. Tak sbr nk tgk buahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak lama dapatlah nikmati hasilnya. Kalau tanam dalam bekas, saiz pokok bendi ikut bekas besar menghasilkan pokok yang besar, bekas kecil menghasilkan pokok yang kecil. kalau atas tanah, tanah yang mampat menghasilkan pokok yang kecil. Tapi tiada masalah, ia tetap menghasilkan buah yang tidak putus putus selagi disiram selalu.

      Padam
    2. Saya dh emel pesanan biji benih kpd tuan. Payment dibuat melalui CIMBClick Transfer Fund.

      Bendi singa tu saya tnm atas tanah. Selepas seminggu tnm, nampak daun2 baru yg subur dan hijau.

      Padam
    3. Benih yg dipesan akan dikirim esok.
      Sekarang dah mula hujan hampir setiap hari. InsyaAllah nanti dapat bekalan bendi segar yang tak putus.

      Padam
  16. sudah order dan bayar email dari blizzkerk@gmail.com

    BalasPadam
  17. Saya nak 1 pek yer benih nie...nanti saya email dan masukkan duit dlm acct En. Iskandar.

    BalasPadam
  18. saya nak 3 pek benih bendi ni.. ada lagi x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya masih ada lagi. Says simpankan 3 pek untuk Pizud.

      Padam
  19. saya berminat berharap Encik Is simpankan 2 pack, kumpul dulu ye. Terima kasih

    BalasPadam
  20. en iskandar tolong simpankan satu pek ni,nanati saya sertakan pesanan benih yang lain boleh ye en iskandar....terimakasih ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. OK, saya simpankan untuk Hidayah Salim satu pek. Sama-sama.

      Padam
  21. en iskandar benih spinach ada lagitak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ada lagi. Semua benih yang dipaparkan dalam senarai Benih Untuk Dijual ada dalam stok. Apabila stok habis, benih tersebut akan dikelluarkan daripada senarai panel sebelah kanan.

      Padam
  22. err sorry nak tanya lain pulak,err macam mana patch depan rumah seberang jalan en iskandar. teringin nak tahu tentang perkembangannya. harap-harap en. iskandar boleh tunjukkan hu hu tak sabar nak tengok patch baru tu hu hu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kawasan tu dah saya tebas. Belum sempat letak tanah organik lagi. Baru nak susun batu blok buat sempadan. Anak pokok untuk patch tersebut dah disemai. Saya pun dah tak sabar nak bertanam di situ, apa lagi sekarang ni hujan setiap hari. Memang cantik kalau mula menanam sekarang. :)

      Padam
  23. salam. masih ada stok ke bendi ni? saya nak 2 pek ye. akan email dlm masa terdekat. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam Wani sc,
      Ya masih ada lagi.

      Padam
  24. assalam en is.
    sy nk booking 2 paket. Nnt sy email list biji benih yg lain jg.
    Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam. Saya simpankan 2 peket untuk Manar.
      Terima kasih.

      Padam
  25. Salam, masih ada lagi ke en.is? saya nak 2 pek. saya akan email order dalam masa terdekat. ada lagi yang saya nak.

    BalasPadam
  26. En Is.

    sy nk booking 2 paket. Nnt sy emailkn juga list biji benih yg lain ye. Tq

    ~roddiah md desa (kem.kemj.luar bandar&wilayah)

    BalasPadam
  27. Masih ada lagi ke tuan is??? simpankan saya satu dulu....

    BalasPadam
  28. en iskandar,

    untuk benih bendi emas ni..perlu rendam air suam sama mcm benih bendi biasa ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika rendam memadai 2 jam. Jgn rendam terlalu lama. Saya uji cambah benih tanpa direndam, ia bercambah dalam masa 3 hari.

      Padam
  29. okey sy uji tanpa rendam dan rendam lah..:D

    BalasPadam
  30. Salam Set Mulberi ada lg x? nk order biji benih ni:
    Benih Untuk Dijual -- Salad Summer Green F1, 2288
    Salad Hawaii , hibrida F1 baka 7799
    Timun Mini Siam
    Capsicum Kuning n Merah

    adrianakian86@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Set keratan mulberry belum ada. Yg lain yg dinyatakan di atas ada dlm stok.

      Padam
  31. Hari ke 7..bendi emas sy belum bercambah..td pagi sy korek tanah keluarkan benih...lapisan emas tu dah hampir tercabut..dan nampak isi benih color putih susu...itu tandanya process percambahan sedang berlaku ke benih dah rosak?

    BalasPadam
  32. tak ada akar...sy dah kambus semula benih tu..bentuk dia macam kepala taugeh tu..mcm tu la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin tanah kurang sesuai, jadi lambat sedikit bercambah. Kalau ia dah mula bengkak, tanda percambahan akan berlaku.

      Semaian yang pertama saya buat, terlalu banyak bahan organik. Dari m10 benih yang saya semai, hanya 1 sahaja hidup. Itupun bercambah 10 hari kemudian.

      Batch kedua, tanah sesuai. 100 biji benih semuanya. Semua bercambah dalam masa 3 hari.

      Padam
    2. Memang nampak bengkak...en iskandar guna tanah apa utk batch kedua. Sy semai sebiji dalam setiap pasu kecik dan 100% tanah organik.

      Padam
    3. Kalau bengkak dan tidak reput, ia akan bercambah bila bila masa saja lagi. Saya guna tanah organik yang dirumuskan khas untuk semai biji benih. Saya bercadang nak jual tanah ini untuk dijadikan sampel kawan-kawan bila nak cari tanah semaian nanti.

      Padam
    4. kalau reput keadaan mcm mana? Benih bunga matahari sy ada 2 tak bercambah...sy buka tengok ada ulat halus-halus...

      bagus jugak ada jual tanah semaian..senang semai benih nanti..:D confirm sy beli nanti!

      Padam
    5. Kalau ada ulat halus,benih telah diserang sejenis lalat. Ia biasa serang lobak dan batang kobis. :(

      Padam
  33. Balasan
    1. Ya ada lagi. Semua benih yang dipamerkan pada panel kanan masih ada dalam stok.

      Padam
  34. En is.. Ada tak gambar pokok bendi emas ni..? Saya nak tengok mcmana rupa dia bila dah berbuah lebat tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok yang saya tanam masih kecil lagi. Bila matang nanti saya akan tunjukkan gambarnya.

      Padam
  35. Ni benih nya perlu rendam dulu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikutkan perlu rendam, tapi jangan terlalu lama. 4 jam dah cukup.

      Padam
  36. salam, benih bendi emas ada lagi dak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, masih ada llagi. Petuanya begini, kalau benih masih dipamerkan dalam senarai Benih Untuk Dijual dalam panel kanan blog, ia masih ada stok.

      Padam
    2. ok, boleh la order.... jap nak campur2 bagi cukup 5 jenis/pek... tima kasih

      Padam
    3. Terima kasih M.Zaki. Saya tunggu.

      Padam
  37. kalu ada stok lagik simpan 5 pek

    BalasPadam
  38. salam...en iskandar saya nak satu pek..tapi tlg simpan dulu blh? saya nak pilih benih lain sekali...

    BalasPadam
  39. Salam tuan, benih bendi emas masih ade dlm stok ke ?

    BalasPadam
  40. salam, benih bendi emas ada stok x?tq.

    BalasPadam
  41. Salam, sy dah buat pembayaran RM30 melalui maybank & semua info pembelian & pembyrn telah diemail ke alamat emel yg diberikan. Masih belum terima apa2 reply dr pihak en. tq.

    BalasPadam
  42. En. I nak tanya pokok pecah beling tu di tanam melalui biji atau keratan batang? Saya nak cari untuk di tanam bagi tujuan kegunaan harian. En. Is ada jual tak? mmg nak cari sangat nih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tiada benih atau keratan pokok tersebut.

      Padam
  43. Assalam,
    En Is,
    hendak tanya sedikit pasal ulat penebuk buah ni. Pokok bendi emas saya diserang ulat ini. Ada tak racun organik utk menangani ulat ini?
    terima kasih

    BalasPadam
  44. baru sedikit saja yg diserang...pokok juga mcam hendak mati...dimana daun mula kurang... pokok adalah setinggi 1 meter baru...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk peringkat awal, potong semua buah yang ada dan bakar. Tujuannya untuk musnahkan semua telur dan larva yang telah disuntik ke dalam putik buah untuk sekat kitar hidup makhluk perosak tersebut.
      Bila putik buah baru keluar, balut untuk elakkan daripada disuntik. Cara ini sesuai untuk aktiviti berkjebun di rumah. Kalau kawasan luas tak termampu nak balut.

      Padam
    2. cara senang nak balut bendi..
      beli plastik ais krim malaysia potong agak-agak sejengkal sarungkan ajer.. satu plastik tu boleh dapat dua.. yg tertutup tu boleh buang ujungnya utk elak wap air..

      Padam
    3. Terima kasih Jimi. Petua yang baik untuk hindari serangan serangga penebuk buah.

      Padam
    4. Stok benih ada lagi x..

      Padam
    5. Ya, semua benih yang disenaraikan ada stok. Jika stok habis, ia akan dikeluarkan dari posting.

      Padam