Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 14 Ogos 2012

Bekalan Air di Musim Cuti

Satu kelemahan aktiviti berkebun tepi rumah ialah apabila cuti tahap kerunsingan meningkat.  Aktiviti tersebut sepatutnnya menyihatkan dan mengurangkan stress, tetapi bila ada musim cuti perayaan stress rakan-rakan bertanam meningkat terutamanya mereka yang berhijrah.

Sebab itulah kita kena berbaik dengan semua orang, 1Malaysia kan. Saya pernah tinggal di kawasan kejiranan dari pelbagai etnik.  Bila cuti raya, langsung tak risau kalau-kalau kucing kelaparan atau tanaman kekeringan.  Apa yang saya buat ialah serahkan kunci pada jiran yang rapat yang berlainan agama.  Bila kembali ke rumah selepas raya, kucing terkam bukan kerana kelaparan tapi kerana rindu kemana tuannya menghilang seminggu.  Pokok segar seperti biasa.

Ok, berbalik kepada isu air ketika keluar balik kampung.  Jadi ini penyelesaiannya.

1. Minta bantuan jiran yang boleh dipercayai yang tidak pulang beraya.  

2. Pasangkan sistem drip yang menggunakan timer dengan kuasa bateri. Timer tersebut mengandungi injap untuk mengawal aliran air.  Waktu siraman serta jangka masa air mengalir boleh dikawal menggunakan timer tersebut.  Tapi kena pastikan sistem tersebut tersorok kerana timer yang mahal harganya mmungkin mennarik minat sipanjang tangan.

Timer yang digunakan untuk mengawal injap aliran air.
 3. Gunakan gel kristal penyimpan air.  Gel ini ada dijual di kedai nurseri, DIY atau di bahagian Gardening di Pasaraya.  Ada gel yang dijual mempunyai warna yang menarik.  Ada yang tanpa warna.  Saya gunakan gel keluaran Trio, yang dinamakan Growmate Smart Water.  Gel tersebut mampu menyerap lebihan air ketika menyiram.  Apabila tanah kering tidak disiram, air dalam gel akan meresap masuk ke dalam tanah.  Jika anda tinggalkan rumah untuk cuti raya, InsyaAllah pokok tidak akan kekeringan.

Bekas gel kristal keluaran Syarikat Trio.

Gel kristal mampu menyerap dan menyimpan air sehingga 20 kali isipadu asal gel tersebut.

Jangan tabur gel kristal di atas permukaan tanah.  Buat lubang dengan diameter 3 cm sedalam 4 inci atau separas dengan hujung akar tanaman.  Isikan 1 sudu teh gel kristel ke dalam lubang.  Kemudian siram seperti biasa.  Gel kristal akan mengembang memenuhi lubang.  

Cara meletakkan gel kristal.


4. Cara lain adalah dengan menggunakan botol minuman plastik.  Seeloknya gunakan botol 1.5 liter untuk satu bekas atau satu tanaman. Begini caranya.  Rakan-rakan perlukan botol air minuman seeloknya saiz 1.5 liter.  Penebuk atau paku untuk membuat liang diameter 2 mm pada botol.

Buka tutup botol dan simpan. Jika gunakan botol air minuman bergas, tannggalkan bahagian tapak.  Tebuk dua liang di bahagian bawah sisi botol .  Jarak antara liang 2.5 cm (1 inci).




Sistem titis menggunakan botol air minuman.

Isikan air ke dalam botol sehingga penuh dan tutup botol dengan penutup.  Ini akan perlahankan aliran air tetapi cukup untuk membekalkan air yang berterusan selama 3 hingga 5 hari.

Tanam botol sebagaimana rajah di bawah.  Laraskan liang pada botol supaya separas dengan hujung akar pokok.
Tanam botol minuman sedalam 10 hingga 15 cm (4 hingga 6 inci).

5.  Setelah dilakukan mana-mana kaedah di atas, tutup permukan tanah atau bekas dengan daun kering yang telah dibasahkah sekurang-kurangnya 5 cm (2 inci).  Daun kering akan mengelakkan air dari dalam tanam hilang melalui sejatan di permukaan tanah.  Ia juga mengurangkan suhu permukaan tanah hasil daripada sejatan air daripada daun kering yang dibasahkan tersebut.

InsyaAllah bila pulang dari kampung, pokok masih subur.  Saya yakin rakan-rakan ada idea lain untuk menyelesaikan masalah tersebut.  Kalau boleh kita kongsikan di sini supaya semua dapat manfaatkannya.

18 ulasan:

  1. Maklumat yg cukup bermanfaat. Saya selalu beri alasan tiada org nak siram pokok setiap kali anak ajak pergi ke rumahnya dan kalau balik kampung inilah masalah yg dihadapi. Terima kasih!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kerana maklumat tersebut dapat dimanfaatkan. Sama-sama.

      Padam
  2. Salam. Boleh ke encik iskandar ceritakan lebih lanjut ttg sistem drip dgn timer tu. Kelihatan lebih praktikal berbanding sistem drip bertimer yg kami sedang gunakan sekarang. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Nanti akan saya ceritakan dengan lebih lanjut.

      Padam
  3. Terima kasih kerana berkongsi maklumat yang amat bergunaini... Memang saya sedang me nanti posting yang begini.. Bagaimana dengan tanaman dalam bekas styrofoam ye.. Sebab saya tanam kangkung dlm bekas styrofoam.. Harap dapat membantu.. Btw.. Benih bg matahari pracambah tempohari hanya 2 pokok yang tumbuh(sekarang dah keluar daun set ke-2). Benih2 lain tak tumbuh langsung, bila saya korek amek benihnya tu, saya lihat benih Ada kulat, Ada yang Ada ulat juga.. Agaknya saya terlebih siram ke..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kemungkinan tu ada juga. Terlebih siram boleh menyebabkan kulat tumbuh dengan senang.

      Padam
  4. Tuan,

    Teknik menggunakan botol tu agak menarik :).. Tuan, kalau kita rendam dulu Gel Kristal tu boleh x? Lepas tu baru kita tanam.. Kalau guna cara ni, mungkin dapat memaksimumkan kadar simpanan air didalam Gel Kristal tersebut..


    P/s : Balik Terengganu ke tahun ni tuan? :)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya setuju. Tapi bila kembali dari bercuti, elok keluarkan semula gel. Saya perhatikan kalau gel dibiarkan lama, pokok sayur ada kecenderungan terkena penyakit reput akar akibat kulat.

      Padam
    2. Tahun ni balik lewat sedikit. Menunggu kelahiran cucu pertama. :)

      Padam
  5. As salam,
    Saya nk berkongsi teknik utk membekalkan air pd pokok semasa ketiadaan org dlm tmph lama. Teknik yg biasa saya guna semasa bercuti(lbh seminggu).
    1. Utk pkk pasuan, isikan air dlm bekas spt mangkuk atau besen kecil, letak kain dlm bekas berisi air dan hujung kain ke bhgn umbi pkk. Air akan dibekal secara berterusan tp teknik ini berkesan utk pkk pasuan di tmpt yg terlindung drp terik mentari.
    2. Guna botol besar (1.5L ke atas), tebuk lubang pd bhgn penutup(pastikan aliran air adalah kecil), isi air dlm botol dan letak ditepi pokok dlm keadaan condong supaya air mengalir.
    3. Isi air dlm plastik besar, ikat mulut plastik dgn getah atau tali. Letak di tepi pkk dan pastikan ikatan tidak terlalu ketat supaya air dari dlm plastik mengalir sedikit demi sedikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri buat tuan sekeluarga. Raya kat Ganu Kite ke thn ni? Ganu kat mana ye? Saya selalu juga gi Ganu beli kopok..hehe..

      Padam
    2. Terima kasih, maklumat yang berguna untuk kita semua. :)
      Selamat Hari Raya. Tahun ni tak balik Ganu, mungkin selepas raya balik. Menunggu kelahiran cucu pertama.

      Padam
    3. Saya suka cara ke-2.. Terima kasih kerana berkongsi..

      Padam
    4. Saya gunakan cara tersebut di patch belakang rumah. Di bahagian depan saya guina botol air minuman.

      Padam
  6. terima kasih, maklumat yg sgt berguna..lynn nak cuba cara botol tu..

    BalasPadam
  7. saya ada tgok sistem raindrip d ace tapi mahal ar harga yer...rm300+++ utk raindrip timer tuh, dan rm300++ lagi utk sistem pipe yer. mesti guna dua2 skali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu. Saya pasang pada patch belakang rumah sebab sering terlupa siram. Depan rumah saya siram cara manual. Bila tinggal lama saya guna botol yang ditebuk.

      Padam