Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 31 Julai 2012

Ujian Cambahan

Saya telah menguji semula benih bendi singa, betik kampung, cili solok serta cili kulai king untuk mempastikan benih dalam stok saya masih bernas.

Benih tersebut telah direndam dalam air suam, air diganti setiap 12 jam dan direndam selama 48 jam.  Kemudian benih disemai dalam tanah semaian yang lembap.  Ketika direndam, benih bendi singa telah keluar akar dalam masa 24 jam.  Benih betik kampung tidak keluar akar tetapi keluar akar pada hari kedua selepas disemai.  Benih cili kulai keluar akar 24 jam selepas disemai dan benih cili solok keluar akar selepas 48 jam disemai.

Cambahan Cili Solok pada hari ke 5 selepas di rendam, iaitu 3 hari disemai.


Jadi jika direndam dengan air suam,
cambahan (keluar akar dalam 1 cm) sebagaimana berikut.

Bendi singa, 1 hari
Betik kampung, 4 hari
Cili kulai king, 3 hari
Cili solok, 4 hari

20 ulasan:

  1. oh, cadangan kaedah rendaman ialah menggunakan air suam, direndam selama 48 jam dgn pada setiap 12jam air rendaman ditukar dgn yg baru, begitu ye En Is?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, jika nair tidak ditukar benih akan lemas dan menjadi busuk.

      Padam
    2. owh, begitu rupanya. Jika ditukar lebih kerap, katakan setiap 8jam, adakah akan menjejaskan biji benih?

      Padam
  2. owhh..begini caranya...patut la benih cili solok saya tak mau bercambah...mujur ada lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk bendi lebih elok rendam 4 jam sahaja. kalau terlalu lama, sebahagian daripada benih menjadi rosak dan busuk.

      Padam
    2. Nampaknya, lain biji benih, lain tempoh sesuai untuk direndam. Bagaimana kita nak tahu/kenal kesesuaian tempoh rendaman untuk setiap biji benih?

      Padam
  3. Encik am kira kira berapa hari batang mulberi bercmbah selepas tanam dan adekah harus disusun batang mengikut batang asal?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu minggu. Tidak perlu susun sebagaimana dinyatakan.

      Padam
  4. Oh cam tu ya..boleh cuba kaedah tuan nih..cili sy rs paling senang tumbuh kalau benih baru..even yg burung makan dan biji terjatuh boleh tumbuh dgn mudah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tentang cili saya tak berani kata, ramai yang gagal cambahkan benih cili.

      Padam
  5. As salam tuan,
    Benih bendi singa yg saya order drp tuan dh bercambah dn menyemai benih tersebut puteri saya yg berumur 4 thn. Saya tak rendam tp terus semai ke dlm tnh semaian. Petola ular dn cili kulai king br nk bercambah, benih terung pulak byk yg dimkn semut. Benih yg plg cepat bercambah(krg 24 jam) ialah benih kongsi, sawi dwarf tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) Saya sedang menunggu shipment benih yg baru. Benih kohrabi, kobis putih, spinach (bukan bayam), dan macam2 lagi.

      Padam
  6. saya dah 4 kali cuba menyemai benih kuchai... dari cara semai terus atas tanah... kemudian guna cara rendamkan biji benih terlebih dahulu... tapi result sama - tak bercambah pun... tak cara apa lagi nak guna... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh benih kucai saya surrender. Saya tanam guna bebawang.

      Padam
    2. alamak... sifu pun surrender... ini mcm susah la saya... takpe... usaha tangga kejayaan... saya usaha lagi lepas ni... ;p

      Padam
    3. Saya pernah bercakap dengan pemilik nurseri tentang perkara ini sebab saya sendiri gagal semai beberapa kali. Mereka kata mudah. Mungkin kali ini tanah yang saya guna pula tidak sesuai. Akhirnya saya suruh pemilik nurseri tersebut semaikan untuk saya.
      Nanti saya pergi menuntut dengan mereka.

      Padam
  7. saya nak tahu jenis tanah yg abg is guna dalam semai cili solok..sebab x nmpk2 lagi anak pokoknya..akarnya pula saya rendam mcm abg is terangkan..x keluar pun akarnya..hmm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas rendan tak perlu tunggu hingga keluar akar. Pastian ditanam dalam kira-kira 1 cm supaya tak kena cahaya matahari. Saya gunakan tanah yang dikhaskan untuk menyemai.

      Padam
  8. kene kambus x benih tu?tanah yang dikhaskan untuk menyemai yg mana satu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kena kambus.

      Tanah untuk menyemai biasanya tanah yang dierkaya dengan bahan organik. Ada yang dijualdengan nama Growmix.

      Padam