Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 20 Julai 2012

Tuaian Hari Ini -- Bendi, Roselle, Terung dan Bunga Matahari

Hari ini bersemangat menuai buah-buah yang ada, sejak pokok mulai segar semula setelah seminggu hujan.  Bendi dan terung untuk makan hari ini, roselle untuk dibuat sirap dan biji martahari.... atas permintaan anak, akan dibuat kuaci. :P


Tuaian Hari Ini

Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

14 ulasan:

  1. buat kuaci ?... best nyerrr...

    BalasPadam
  2. blh buat sahur ni. hehee

    BalasPadam
  3. terangkan encik bgmn nak buat kuaci ye

    BalasPadam
  4. Banyaknya hasil,pelbagai jenis.
    Selamat menunaikan ibadat sembahyang tharawi dan selamat berpuasa tuan Iskandar sekeluarga.Semoga segala usaha diberkati Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Selamat menunaikan ibadah puasa serta ibadah lain yang berkaitan pada Puteri Purnama dan rakan-rakan jua.

      Padam
  5. Assalamualaikum Sdr,

    Benih yg di kirim selamat sampai. Berkenaan bendi kalau dah tinggi 3 inci apa yang kena jaga?

    Selamat berpuasa untuk semua,

    salam dari Sarikei

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah ada daun dalam 4 hingga 6 helai dah boleh alih. Pastikan tiada rumpai pada pangkal pokok. Baja guna baja organik atau air ikan dua minggu sekali.

      Padam
  6. Selamat menunaikan ibadah puasa En. Is. Marilah kita makan tanaman sendiri kerana ia pasti organik. =)

    BalasPadam
  7. buat kuaci..nyum2..letak perisa bawang putih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuh sedap tu. Kuaci dah habis, dapatlah dalam 40 biji untuk anak-anak belajar buat kuaci menggunakan cara lama iaitu menggoreng dalam pasir.

      Padam
  8. Salam Tuan,

    ada sedikit pertanyaan:
    1. Bagaimana nak kenal pasti waktu yg betul untuk tuai bunga matahari?
    2. Bagaimana nak kenal buah roselle yang matang yg sedia untuk dituai?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Bila kelopak bunga dah kering dan bunga tunduk. Tangkainya pula mula kering dan merekah pecah pecah (cracking).
      2. Buahnya menunjukkan tanda tanda matang dan kelihatan hampir merekah. Jangan tunggu lama sebab kaliks akan kering. Kalau dah kering dah berserat.

      Padam
    2. Bunga matahari saya dah tunduk agak lama tapi rasanya tentang tangkainya belum nampak tanda telah kering dan merekah. Mungkin belum masa untuk dituai.

      Untuk buah roselle, adakah menjadi isu/masalah jika dituai awal berbanding mengikut tanda yang tuan nyatakan itu? Yang saya nampak mungkin buah yang dipetik agak kurang/belum matang

      Padam
    3. Kalau nampak bahagian stigmanya dah kering, bolehlah dituai.

      Untuk roselle petik bila-bila masapun tiada masalah.

      Padam