Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 9 Julai 2012

Tanaman di Belakang Rumah Sepupu

Minggu lepas pulang  ke kampung kerana menyiapkan ebook berkaitan pembiakan ikan pelaga dan cara pintas memasak nasi dagang.  Terlanjur singgah ke rumah abang sepupu, Wan Ahlim di Bakau Tinggi, Cukai.  Rupa-ruapanya saudara saya ini masih terus bertanam di tepi rumah.  Beliau memang minat berkebun sejak kecil lagi.  Menanam sayur di kampung seperti Kampung Bakau Tinggi pasti banyak cabarannya kerana di belakang rumah terdapat paya air masin serta sungai tua yang ada pasang surut.

Kelip kelip, bena, lalat buah, lalat putih menyerang dalam jumlah yang banyak.  Kambing dan ternakan lain juga menuntut kesabaran orang yang ingin bertanam di kawasan ini.

Kangkung ditanam dalam bekas tumbuh subur.

Walaupun tanah berasid, strukturnya cantik. Keasidan dikurangkan menggunakan serbuk kapur.

Wah pokok tomatillo tumbuh melata.  Jenis liuar mempunyai buah ranum yang berwarna putih.

Kacang botor menunggu masa untuk berbuah.

20 ulasan:

  1. Wahh, patut la lama menyepi diri :).. Hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dua minggi ni seperti bulu tangkis antara Semenyih dan Cukai. Malam ini ke Cukai lagi. Besok kembali ke Semenyih.

      Padam
  2. ooo meluaskan pandangan dan pengalaman...seronok kalau dapat melawat tapak/ladang/kebun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mencari idea. Dulu ketika kecil orang kampung saya kata mustahil tanam sayur di kawasan sebegini kerana terlalu banyak makhluk perosak.

      Padam
  3. suburnya pokok kacang botor dia... menarik pulak tgk bekas yg disusunatur untuk tanaman

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di Cukai sepupu saya beli bekas tersebut dengan harga dua ringgit sahaja. Di Semenyih, tinggi sedikit harganya.

      Padam
    2. murahnya 2 ringgit...kalau dkt dah banyak saya beli..kat jb bekas macamni dijual 8ringgit..

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  4. kalau dah minat... apa cara pun boleh kan... saya suke tengok org berkebun... terutama org cina... kdg-kdg mereka tinggal dikawasan rumah kedai... takde laman... tapi keliling kakilima rumah ada bekas polisterin penuh sayur... kagum... ya... saya mengmbil inspirasi dari mereka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kebanyakan kedai Cina yang saya lawati mesti ada pasu-pasu penuh dengan tanaman sayur. Kalau takpun guna polisterin. Bak kata orang campak je nampak macam jadi.

      Padam
    2. Dan saya juga banyak belajar dari mereka. :)

      Padam
    3. 'Bak kata org campak je nampak mcm jadi'
      hehehe... kita yg tanam bela bagai nak rak ni - yang selalu tanaman tak menjadi... lepas tu kecil hati... lepas tu give up jadinya... hehehe... macam mana lah nak berjaya... ;p

      Padam
    4. Orang yang menanam secara organik perlu ada tahap kesabaran yang tinggi kerana cabarannya besar.

      Padam
  5. itulah, kadang kala kalau nak tengok mentaliti orang kita jarang nak bertanam walaupun sayur ke, pokok bunga ke, dan lain pokok yang boleh ditanam... Padahal bukan susah untuk menanam, pastikan mendapat cahaya, air dan zat yang mencukupi....

    semalam ada pergi ke floria putrajaya... Macam2 beli seperti baja organik, tanah, racun organik dan sedikit bunga orkid, beli waktu akhir dapat murah2 sikit........ geram melihat orkid yang dijual tumbuh subur dan bunganya yang cantik2....huhuhu...mak yang minat orkid sebenarnya...

    bila melihat anak2 pokok yang dijual, boleh tahan juga harganya lebih dari rm10 dan keatas(dalam hati baik pergi mardi, besar kecik sama je harga...hehehe, lagi pun takde pokok yang diperlukan, semua da cukup...)

    tahun depan nak pergi lagi... tema orkid pula...tapi tunggu hujung tahun ni utk MAHA 2012...

    p/s: saya ada banyak benih ulam raja hasil pokok ulam raja yang dah berbunga.... ingat nak kongsi2kan antara pembaca ni semua, melalui tuan iskandar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sudah pergi lihat juga. Harga untuk anak pokok agak mahal berbanding harga Jabatan Pertanian mahupun MARDI. Lagipun saya was-was untuk beli. Alk-maklum lah kalau nak beli pokok buah saka ni perlulah betul-betul pokoknya. Kalau tak rugi 5 tahun masa menanam. Sebab itulah kalau boleh beli daripada pembekal rasmi (authorised dealer).

      Tahun ni dengarnya MAHA 2012 akan berlangsung bulan November ini. Sudah ada pensyarah di UPM yang 'recruit' pelajar UPM untuk kerja sambilan di sana nanti.

      Apapun, untuk bercucuk tanam ni saya sokong cara en Is lakukan. Berkongsi maklumat di Internet. Dan menanam sambil belajar perkara baru.

      Padam
    2. Dah dekat tu, publisher saya belum pergi dapatkan maklumat daripada MARDI.

      Padam