Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 23 Julai 2012

Resepi -- Sup Tomato dan Sweet Basil/Kemangi

Pada rakan-rakan yang dapat menuai buah tomato serta sweet basil atau kemangi/tulasi, oregano, bolehlah cuba sediakan sup ini untuk juadah berbuka.  Masakan ini memerlukamn masa memasak sekurang-kurangnya 2 jam.  Perlu dimasak awal. Anak-anak pasti gemarkan hidangan ini.  Amat enak jika dicicah roti.  Saya gunakan sup ini untuk umpan anmak-anak yang tinggal di luar untuk pulang berbuka bersama. :)



Bahan-bahan untuk hidangan 4 orang
2 sudu besar minyak zaitun atau minyak masak
1 biji bawang besar dihiris
1/2 sudu besar gula galus (gula caster)
1 batang lobak merah tanamsendiri dipotong kecil
1 ketul kentang dipotong kecil
1 labu bawang putih (dalam 5 ulas) dilumatkan
2 biji tomato saiz besar atau 2 biji tomato tanamsendiri saiz sederhana dipotong halus
2 sudu besar tomato puri
1 helai daun salam
1 tangkai thyme tanamsendiri
1 tangkai oregano tanamsendiri
4 helai daun sweet basil atau kemangi/tulasi dikoyak dengan tangan
4 cawan stok ayam
3 hirisan tomato kering yang disimpan dalam minyak 
2 sudu besar daun sweet basil/kemangi yang dipotong halus
1 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar garam
1 buku roti

Alatan
Periuk bertudung rapat
Penapis

Cara Membuat
1. Panaskan minyak zaitun atau minyak masak dalam periuk menggunakan api kecil.  Masukkan bawang dan tabur gula halus.  Teruskan memasak selama 5 minit.
2. Masukkan lobak dan kentang yang telah dihiris ke dalam periuk.
3. Tutup periuk rapat dan teruskan memasak selama 10 minit.
4. Masukkan bawang putih, puri tomato, daun salam (bay leaf), thyme, oregano, stok ayam, garam dan serbuk lada hitam.  Kacau campuran supaya serasi.
5.  Tutup periuk dan teruskan pemanasan selama 30 minit.
6. Alih periuk daripada dapur dan tapis kandungan periuk.  Ketika tapis, tekan untuk memerah cecair di dalam nya.  Kembalikan sup ke dalam periuk.  Simpan pepejal tapisan dalam bekas untuk masakan yang lain.
7. Panaskan sup dan masukkan hirisan tomato kering yang telah dipotong halus.  Tambah 1 sudu besar sweet basil/kemangi yang telah dipotong halus. 
8. Hidangkan sup bersama hirisan roti dengan segera. Anda boleh ubahsuai kandungan herb menggunakan herba tempatan.

12 ulasan:

  1. Saya biasa tengok tomato kering dalam masakan barat. Tak pasti bagaimana mereka proses. Kasi jemur kah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Biasa dijual dalam balang direndam minyak zaitun. Bila ada kelapangan saya akan tunjukkan cara membuatnya.

      Padam
  2. Oh, kemangi itu basil. Ini pasti satu hidangan yang lazat dan berkhasiat.

    BalasPadam
  3. Memang membuka selera makan roti cicah sup nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu periuk tak cukup untuk keluarga saya. :)

      Padam
    2. Alamak! Berapa ramai tu? Anak-anak saya masih kecil, belum begitu pandai menikmati hidangan sebegini. Mungkin tak lama lagi jadi mcm keluarga En Is juga :D

      Padam
    3. Anak saya cuma ada 9 orang. 5 dah keluar. Cuma 4 tinggal di rumah. Kadang2 terasa sunyi lah pulak. Nak tambah satu lagi... Mem tarik nafas panjang. :p

      Padam
  4. Huhuii..sedap tu..nanti nak cuba..oh ya..saya ddah send email kat abg hari nie..ada benih yang saya minta abg simpankan tu..tengok ye..tq

    BalasPadam
  5. Nyum~ Sedap. Boleh guna resipi ni buat sahur nanti. Terima kasih tuan!

    BalasPadam