Halaman

Cari Blog Ini

Ahad, 22 Julai 2012

Resepi -- Sirap dan Halwa Roselle

Ketika berbuka enak juga kalau berbuka dengan sirap roselle yang kaya dengan khasiat serta anti oksidan.  Halwa pula boleh dimakan ketika menonton selepas tarawikh.


Membuat Sirap Roselle

Bahan-bahan

10 biji buah roselle
1/2 mangkuk (2 cawan) gula pasir
1 mangkuk (4 cawan) air.


Cara Membuat
1. Ceraikan kelopak (kaliks) roselle daripada buahnya.  Buangkan buah tersebut.
2. Masukkan kelopak roselle dan 4 cawan air ke dalam periuk dan panaskan.
3. Campurkan 2 cawan gula pasir dan teruskan pemanasan sehingga mendidih.  Kacau untuk larutkan gula.
4. Kecilkan api dan reneh sehingga 10 minit iaitu sehingga larutan menjadi pekat.
5.  Tutup api dan biarkan sejuk.
6. Tapis larutan untuk mengasingkan kelopak dan sirap.
7. Tuang sirap roselle ke dalam botol dan simpan di dalam peti sejuk.
8.  Simpan kelopak untuk dibuat halwa roselle.

Cara membancuh sirap roselle
1. Tuangkan air sejuk ke dalam gelas.
2. Tambahkan 2 sudu besar sirap roselle dan kacang sehinggal larut.
3. Tambahkan 2 kiub air dan hidangkan.

Cara Membuat Halwa Roselle

Bahan-bahan
Kelopak roselle hasil tapuisan daripada sirap roselle
1 sudu besar gula
1 sudu besar air

Cara Membuat
1. Panaskan 1 sudu besar gula pasir dan 1 sudu besar air di dalam periuk menggunakan api sederhana.
2. Bila gula telah larut, masukkan kelopak roselle dan kacau hingga kering.
3. Tutup api dan keringkan kelopak roselle.
 


11 ulasan:

  1. Buat minumman buka puasa sedap ni sbb ia segar dari ladang..hehe.. Nyaman tekak. Slmt berbuka puasa ye encik Is.

    BalasPadam
  2. Info menarik yang dicari. Terima kasih En Iskandar!

    BalasPadam
  3. lepas ni boleh buat... tapi nak menunggu hasil roselle membesar terasa lama pula.... mungkin boleh buat air jamuan hari raya barangkali...heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah. Pastikan pokok mendapat air yang cukup setiap hari untuk dapatkan buah yang lebat bersaiz besar. :)

      Padam
  4. keringkan di bawah cahaya matahari ke encik kelopak roselle tue?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biarkan ia terdedah seperti dalam gambar, iaitu ketika halwa masih panas. InsyaAllah ia akan kering sendiri. Jangan letak dalam bekas tertutup. Bila dah kering baru simpan di dalam bekas tertutup.

      Padam
    2. terima kasih tuan atas resepi ini....=)

      Padam
  5. Assalamualaikum...

    Terima kasih En. Iskandar resipi yg menarik...

    BalasPadam