Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 19 Julai 2012

Resepi -- Singgang Ikan Selayang

Singgang Ikan Se4layang enak dihidang ketika sahur di Bulan Ramadhan.

Singgang Ikan Selayang (Sardin)

Bahan-bahan
  •          3 ekor ikan selayang (sardin) disiang
  •          5 ulas bawang putih
  •          2 keping asam gelugor (asam keping)
  •          2 cm kunyit tanamsendiri
  •          1 cm lengkuas tanamsendiri
  •          5 cawan air
  •          1 sudu besar garam
  •          5 biji cili padi atau cili wangi tanamsendiri

Cara Memasak
  1. Cuci ikan, potong 2 jika ikan bersaiz besar
  2. Hiris bawang putih, kunyit hidup dan lengkuas tanamsendiri
  3. Masukkan air, ikan selayang, bawang putih, lengkuas, kunyit, cili padi dan asam gelugor ke dalam periuk.
  4.  Masak sehingga mendidih.
  5. Kecilkan api dan masak lagi selama 5 hingga 10 minit sehingga air surut sedikit.
  6. Masukkan 1 sudu garam.
  7. Teruskan memasak selama 3 minit.
  8. Sediakan untuk hidangan.
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

9 ulasan:

  1. eee sedap ni.Nanti nak masak menu ni.Terimakasih tuan.

    BalasPadam
  2. sedap dan menaikkan selera. Saya suka tambah tempoyak dan khenyek cili padi dengan kuah singgang masa nak makan.. Nyum nyum

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owoh sedapnya kalau buat gitu. Alamak stok tempoyak tak der. Kena gi cari ni.

      Padam
  3. resepi paling mudah dan senang serta cepat disediakan.... selalu kalau masak ni, mesti hirup kuah je...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masakan wajib mak saja ketika kanak-kanak dulu, ikan singgang dan ikan goreng. Bila balik kampung suruh mak masak singgang. Sekarang saya dah jadi orang tua, mak apa lagi. Pun terketar-ketar nak masak singgang bila saya balik. Sekarang masak sama-sama.

      Padam
    2. Singgang ni kalau kena dengan cili padi.. Fuhhh.. Meletup rasanya :)..

      Padam