Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 21 Julai 2012

Resepi -- Sayur Lemak Lada Hitam Mulukhiya


Sayur Lemak Lada Hitam Mulukhiya

Tiada kenikmatan berbuka puasa senikmat masakan sendiri dari sayur yang ditanam sendiri.  Resepi kali ini menggunakan Daun Mulukhiya atau Bayam Palestin, sayur yang diperolehi dari benih kiriman I Wong. Ikan bilis juga dari jenis istimewa dari Kota Belud, Sabah kiriman Puteri Purnama.  Terima kasih daun keladi kepada Sdr I Wong dan Cikgu Puteri Purnama. :)

Bahan-bahan
3 cawan daun mulukhiya tanamsendiri
1 sudu besar lada hitam dilumatkan
2 sudu besar ikan bilis
1 peket serbuk santan
3 sudu besar bawang besar yang dikisar
4 cawan air air
1 sudu besar garam

Cara-cara
 Campurkan serbuk santan, air, lada hitam, garam dan ikan bilis ke dalam periuk.
Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
Kecilkan api, dan teruskan memasak selama 3 minit.
Masukkan daun sayur mulukhiya dan kacau. 
Masak sehingga daun kelihatan layu tetapi jangan sampai hancur.
Hidangkan bersama nasi.

*Daun sayur mulukhiya boleh diganti dengan sayur pucuk manis, bayam hijau daun tajam, pucuk ubi, kangkung, atau pucuk keledek.

 

7 ulasan:

  1. Assalamualaikum encik ammmm adekah dengan memotong rambut nanas akan membuatkan nanas membesar buahnya mcam pisang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wallahualam, saya kurang pasti. Dah lama saya tak tanam nenas. Masa zaman kanak-kanak aja.

      Padam
    2. @Pencari Kedamaian mungkin tuan boleh cek di sini.

      http://animhosnan.blogspot.com/search/label/JAMBUL%20NENAS

      En. Anim ni pegawai Jabatan Pertanian. Mungkin beliau boleh bantu soalan tersebut.

      Padam
    3. Terima kasih I wong. Saya harap ini akan dapat membantu Pencari Kedamaian.

      Padam
    4. As salam,
      Apa yg saya tahu, nanas biasa dibuang bhgn jambul utk menggalakkan pembesaran buah. Ia blh dibuang terus atau dipangkas sedikit.

      Padam