Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 26 Julai 2012

Resepi -- Nasi Kerabu Tanamsendiri

Nasi kerabu amat enak jika dijadikan juadah untuk berbuka puasa.

Nasi Kerabu
Nasi Kerabu
(Hidangan untuk 4 orang)

Bahan-bahan
2 cawan beras
2 cawan air
25 kuntum bunga telang

Cara Membuat
1. Basuh beras
2. Masukkan beras dan air ke dalam periuk elektrik.
3. Asingkan kelopak bunga telang daripada tangkainya.  Ambil kelopak sahaja.
4. Masukkan kelopak bunga telang ke  dalamperiuk tersebut.
5.  Pasangkan suis untukmemasak nasi.  Apabila nasi telah masak, keluarkan sisa kelopak bunga telang daripada periuk.
6.  Hidangkan.  Rujuk cara menghidang.

Kuah Lemak Kuning
Bahan-bahan
2 peket serbuk santan dicampur dengan 1 cawan air (atau 1 cawan santan pekat)
1 cm lengkuas tanamsendiri
1 1/2 cm halia tanamsendiri
1 1/2 cm kunyit tanamsendiri
3 biji bawang besar saiz sederhana
3 ulas bawang putih
1 sudu besar air asam jawa
1 batang serai tanamsendiri diketuk
2 sudu teh garam

Cara-cara
1. Lengkuas, halia, kunyit, bawang besar dan bwang putih dikisar halus.
2. Masukkan bahan-bahan kisar, serai, dan santan ke dalam periuk.
3. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sehingga mendidih.
4. Apabila mendidih, masukkan garam dan terus mengacau perlahan-lahan.
5. Masukkan air asam jawa.
6. Kecilkan api dan masak hingga pekat, lebih kurang 5 minit.

Solok Cili
Bahan-bahan
4 biji cili solok (merah) tanamsendiri
2 ekor ikan sardin saiz sederhana
1/4 cawan kelapa parut
1 cm halia tanamsendiri
4 ulas bawang merah
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1 sudu besar air asam jawa

Cara-cara
1. Belah tengah cili tetapi jangan sampai putus
2. Buang biji dan bersihkan.
3. Rendam cili dalam semangkuk air selama 1 jam.  Lepas rendam, cili tersebut akan terbuka.  Ketepikan.
4. Bersihkan ikan sardin dan ambil isinya sahaja.
5. Tumbuk bawang merah dan halia hingga lumat.
6. Tambahkan isi ikan dan tumbuk lagi hingga isi ikan hancur.
7. Tambahkan kelapa dan tumbuk hingga lumat.
8. Campurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi dengan garam, gula dan air asam jawa.  Gaul hingga sebati.
9. Sumbuat bahan-bahan di atas ke dalam cili solok.
10. Kukus cili selama lebih kurang 15 minit.

Ikan Celup Tepung
12 ekor ikan selar kuning
4 sudu besar (tablespoon) tepung beras
6 sudu besar air
1/2 sudu besar kapur (kapur makan dicampur dengan air)
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
1/2 cawan minyak masak (untuk menggoreng)

Cara-cara
1. Ikan dicuci bersih (jangan buang ekornya).  Ketepikan.
2. Bancuh tepung beras dengan 4 sudu besar air air. Kacau hingga sebati. Tambahkan 2 sudu air lagi. Kacau lagi.
3.  Masukkan serbuk kunyit, garam, dan air kapur.  Kacau sehingga sebati.
4. Apabila telah selesai, pegang ekor ikan dan celupkan ke dalam bancuhan tepung. (Ikan dipegang di bahagian ekor supaya ikan disaluti tepung dengan rata.)
5. Panas minyak masak dalam kuali dan goreng hingga garing dengan api sederhana.
6.  Setelah garing, keluarkan ikan.

Kerabu
1. Ulam-ulaman
Bahan-bahan
3 tangkai sweet basil tanamsendiri diambil daunnya
segenggam kangkung tanamsendiri
5 batang kacang panjang tanamsendiri

Cara-cara
1. Semua ulam dimayang halus.
 2. Masukkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.

2. Kerabu Kelapa
Bahan bahan
2 cawan kelapa parut

Cara-cara
1. Goreng kelapa parut tanpa minyak sehingga garing.
2. Masukkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.

Sambal
1. Sambal Cili
Bahan-bahan
5 cili merah kampung tanamsendiri
5 biji cili padi tanamsendiri
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 biji limau nipis diperah airnya

Cara-cara
1. Kisar semua bahan di atas sehingga lumat.
2. Masukkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.

2. Budu
Bahan bahan
3 sudu besar budu
2 sudu besar air masak
1/2 biji limau nipis diperah airnya
5 biji cili padi tanamsendiri dihiris halus

Cara-cara
1. Campurkan bahan-bahan di atas hingga sebari.
2. masukkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.

Cara Menghidang Nasi Kerabu
1. Masukkan nasi ke dalam pinggan.
2. Tambahkan solok cili, ikan celup tepung dan telur asing rebus.
3. Taburkan kerabu ke atas nasi.
4. Siramkan sambal ke atas nasi.

Selamat mencuba dan menikmati Nasi Kerabu tanamsendiri. :)


 









10 ulasan:

  1. sedap nye dh lama xmkn nasi lerabu

    BalasPadam
  2. Meleleh air liur.. Hehehe.. :)..

    BalasPadam
  3. Wah, nampak macam full spec nasi kerabu. Saya kalau buat nasi kerabu bodoh aja/basic aja. Tu pun ambil masa lama nak bikin.

    BalasPadam
  4. sedap tu, kat rumah ni ada bawang putih jeruk beli di padang besar... tuan is, nak tanya, benih cili solok tuan is menjadi atau tidak..saya sudah 4 kali semaikan benihnya tapi satu pun tak menjadi...tak tumbuh langsung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. :)
      Menjadi. Rendam dalam air suam selama 24 jam. Semai dan tutp dgn plastik hitam 48 jam. Pastikan tanah sentiasa lembap. Cili kg dan cili solok siam akan bercambah dlm masa 10 hari. Cili kulai king dan solok dlm masa 14 hingga 21 hari.

      Padam
    2. ok..nanti saya cuba lagi cara ni...

      Padam
  5. Saya orang Sabah tak pernah makan ni...terbaca artikal ni rasa terliur nak coba...terimakasih..nak pergi pasar cari ikan sardin lahh ni..

    BalasPadam