Benih tulasi yang saya edarkan adalah daripada baka terbuka. Saya rasa benih ini benih dari jenis kemangi. Semalam ada terima gambar dari Sdri Fazila Hanis. Katanya benih tersebut menghasilkan daun yang mempunyai rasa/bau lemon serta mempunyai bunga putih. Dari gambar tersebut, saya perhatikan daunnya juga agak besar berbanding tulasi yang saya tanam. Kalau macam ini, bukan sahaja halau serangga perosak. Kalau dibuat ulam atau dijadikan ramuan memasak, pasti enak. Terima kasih Sdri Fazila Hanis kerana sudi berkongsi maklumat.
Pokok Tulasi (basil) dari jenis kemangi. |
kalau jenis ni,bunga putih bau seakan lemon dipanggil lemon basil...
BalasPadamTerima kasih Aku [email protected] Tak sangka rupa-rupanya ada banyak jenis basil. Semua best belaka. Kena menuntut lagi ni. :)
PadamAs salam tuan,
BalasPadamNama pkk ni kemangi bkn kemangin. Ramai org keliru dgn pkk selasih sbb mereka dlm famili yg sama.
Betul tu, saya terbawa-bawa loghat teganu. :)
Padamhuh pening saya, banyaknya jenis basil nih..kena nuntut jugak ni, lambat la nak khatam basil nih ;)
Padam