Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 11 Julai 2012

Pokok Apa Yang Boleh Menarik Minat Anak-anak Untuk Bertanam?

Kanak-kanak yang berkebun dapat banyak manfaat.  Kita dapat mendidik mereka supaya berdisiplin tanpa perlu dipaksa, menghargai alam semula jadi, menyedari kebesaran Ilahi, minat Sains, peka kepada alam sekililing, menghargai dan menikmati sayur dan bermacam-macam lagi nilai-nilai yang murni.

Kalau nak didik anak berkebun, pokok apa nak pilih?

Kita lihat objektif kita menggalakkan anak berkebun.  Jika tujuan kita untuk merangsang minat anak-anak terhadap alam sekeliling, sains... pilih tanaman yang "ajaib".  Tanaman tersebut tidak semestinya tanaman yang boleh dimakan.  Antara tanaman yang saya syorkan,
1. Periuk kera, kera ia menghasilkan perangkap berbentuk periuk yang mengandungi cecair beasid untuk membunuh dan menguraikan serangga yang terperangkap.  Bila bercerita, boleh jelaskan sebab pokok memerangkap serangga tersebut.
2. Pokok Venus Flytrap yang mempunyai "tangan" yang meangkap lalat.  Anak-anak saya dulu menamakan pokok mereka dan melayannya seperti haiwan peliharaan.  Dengan memerhati pokok tersebut mereka telah banyak memahami sifat dan keperluan tanaman.
3. Kacang tanah, kerana pokok ini berbunga di luar tanah.  Apabila bunga telah disenyawakan putik buah disuntik ke dalam tanah dan kacang membesar di dalam tanah.  Anda dapat lihat keriangan di wajah anak-anak bila mereka menarik keluar pokok kacang dan berpuluh-puluh kacang tanah kelihatan terlekat pada pokok.

Kalau anda ingin galakkan anak-anak bertanam untuk menggalakkan mereka makan sayur, pilihlah jenis tanaman yang mereka gemar makan.  Misalnya jangan tanam bayam kalau anak-anak tak suka makan bayam.  Kebiasaannya kanak-kanak suka makan lobak merah, ubi kentang, dan kacang panjang. Anak-anak cepat bosan, pilih tanaman yang cepat tumbuh dan cepat dituai.  Antara tanaman yang cepat dituai adalah seperti berikut.

1. taugeh (gunakan kacang hijau, kacang soya, atau kacang mata hitam),
2. bawang (bawang putih, bawang merah)
3. kangkung
4. kacang buncis
5. kacang bendi
6. kacang panjang
7. pelbagai jenis sawi dan kailan

Apabila anak-anak menjalankan aktiviti bertanam, utamakan keselamatan mereka.  Pastikan mereka menggunakan sarung tangan kain yang tebal, basuh tangan dengan sabun selepas aktiviti.  Kalau anak-anak kecil yang masih "mengutip", jangan alpa.  Mereka mungkin akan mengutip tanah dan memasukkan ke dalam mulut.  Dapatkan alatan yang sesuai dengan mereka.  Misalnya terdapat penyiram khas untuk kanak-kanak yang mempunyai warna yang terang yang disukai kanak-kanak.  Sama-sama membantu anak-anak sambil memberi panduan.  Jelaskan tanggungjawab mereka untuk menyiram dan merumput.  Jangan sekali-kali marah jika mereka terlupa menyiram atau menjalankan tugas bertanam kerana ini akan mematahkan semangat dan minat mereka.

Anak-anak yang bertanam akan memakan sayur yang mereka tanam.

14 ulasan:

  1. Saya tertarik dengan tauge. En Iskandar ada cara mudah untuk hasilkan tauge? Setakat ni saya belajar guna mesin sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tanam taugeh utk kegunaan sendiri... sekadar utk kongsi, boleh la rujuk di sini :- http://tamanramuan.blogspot.com/2012/04/tanam-sendiri-taugeh.html

      Padam
    2. Terima kasih ejaMaria. maklumat tersebut amat berguna untuk rakan-rakan yang ingin membuat taugeh sendiri.
      Semasa kecil dulu saya pernah ke rumah seorang pengusaha taugeh (saya panggil nyonya togeh) di Kuantan. Oleh kerana saya menunjukkan minat, dia mula bercerita tentang taugeh serta cara tradisi yang diturunkan dari cina. Dia guna tempayan dan guni. Tujuan guni adalah untuk memutuskan akar ketika menuai. Untuk siraman anak nyonya togeh telah bantu membina sistem sprinkler. Anak nyonya togeh seorang dentist. Saya ke sana sebab sakit gigi. Untuk zaman sekarang pasti pelik kalau dentist beroperasi di ruang tamu rumah kampung (rumah kayu). Waktu itu nyonya togeh dah bongkok tiga.
      Selepas gusi saya dicucuk, sementara tunggu rasa kebas, nyonya togeh bagi "quick course" cara membuat taugeh yang special.

      Padam
    3. saya buat utk makan sendiri sahaja... buat sedikit utk sekali masak... jadi mamadai dgn bekas kecil...
      apa pun seronok kan bila org berkongsi ilmu pasal pokok... ;p

      Padam
  2. yeah .. akhirnya anak benih sup saya berjaya bercambah, barulah saya tahu rupanya daun sup mengambil masa yang lama untuk bercambah dan yang penting tanah mesti lembab selalu.setelah beberapa bungkus benih sup yang saya beli,terima kasihlah en. iskandar ,blog en. iskandar sangat bermakna ,.....

    BalasPadam
  3. Ye.. Tanam tauge Macam senang.. Saya pun minat nak tau cara tanam tauge..

    BalasPadam
  4. saya pun,wah nmpaknya lepas ni en.is kena tunjuk demo nak tanam togeh la pulak hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah. Kaedah yang ditunjukkan oleh ejaMaria juga mudah dan menarik.

      Padam
  5. Anak saya umur 4 thn suka tlg buh tnh ke dlm polibeg. Nk semai apa2 pokok kalau dia ada msti join masukkan tnh.

    BalasPadam
  6. salam,
    En Iskandar ada jual benih venus fly trap?
    Terima Kaish

    BalasPadam
  7. Waalaikum salam,
    Saya tiada jual benih venus fly trap.

    BalasPadam