Alhamdulillah, masih terdapat sedikit ruang di seberang jalan di depan rumah. Semoga Bulan Ramadhan ini dikurniakan lebih tenaga agar dapat dimanfaatkan ruang tersebut sepenuhnya. Ruang tersebut telah dibersihkan. Mak oii banyaknya sampah hadiah dari penduduk setempat. jang buang sampah dapur siap dalam guni lagi. Tin arak, tin soda, botol mineral, semua ada.
Sekarang sdah berjaya bersihkan kawasan tersebut. Tiba masa untuk merancang tanaman apa yang akan ditanam serta kaedah penanaman yang akan digunakan.
 |
Kawasan seberang jalan depan rumah, dulunya jadi kawasan semak petai padang kini selesai ditebas. |
 |
Tanah padat dan tidak dalam. mungkin perlu guna raise bed. |
 |
Banyak juga sayur dapat ditanam di sini kalau dirancang betul betul |
 |
Kerek ni boleh dijadikan bekas untuk kompos. :) |
besar gak kawasan tu..kalau dirancang betul2 byk sayur bolem tanam..kawasan rumah lynn luas sebenarnya tapi tanah x subur, terpaksa guna kotak polisterine.
BalasPadam:) Semangat sdg membara tapi kena bertahan. Bimbang kena dehidrasi. Mungkin bertanam dkt berbuka aja.
Padamhujung2 minggu/hari cuti boleh bertani selepas solat subuh.... sekurang2nya dapat buat aktiviti sihat... cuma buat sekejap saja... takut tak berdaya pula...
PadamSaya perhati bila berkebun banyak berpeluh. Boleh kena dehidrasi. Mungkin malam minum air banyak dulu.
Padamdah macam peneroka seperti orang tua dulu-dulu. luas tu, jadi kebun kecik la depan rumah
BalasPadamNampaknya En. Is ni memang bijak menggunakan tanah sepenuhnya. =)
BalasPadamPeluang bertanam depan mata, tak kan dibiarkan begitu sahaja. :)
Padamorang yang obses bercucuk tanam ni akan cari apa saja dan di mana saja yang nampak boleh...
BalasPadamKalau dibiarkan membazir. Semak pula akan menjadi tempat makhluk perosak bersarang.
PadamItu Ada perigi buta kah..? Hehe..
BalasPadamBukan.
Padam