Seeloknya hasilkan pokok hermafrodit kerana hampir semua
bunga yang dihasilkan lekat dan menjadi buah.
Kadangkala mungkin berlaku penjarangan kerana musim kemarau dan pokok
tidak mendapat air secukupnya. Buah yang
dihasilkan oleh pokok hermafrodit juga bermutu tinggi.
Betik kampung dari jenis hermafrodit berbuah lebat. |
Bayangkan kalau tanam di tepi rumah, 2 pokok sudah mencukupi. |
Pokok betik betina tidak menghasilkan buah yang lebat kerana
bunga yang dihasilkan tidak mengandungi debunga. Ia bergantung pada debunga daripada bunga
jantan dan bunga hermafrodit. Jika tiada
serangga pendebunga, bunga betina gagal disenyawakan dan akan luruh.
Bunga jantan tidak mengandungi ovule dan tidak akan
membentuk buah. Kadangkala ada bunga yang
mengandungi ovule dan membentuk buah tetapi buahnya kecil.
Pokok betik jantan menghasilkan bunga dengan tangkai yang panjang. |
Jika ingin buat benih sendiri, pastikan benih diambil dari
pokok hermafrodit. Untuk pastikan tiada
pendebungaan luar, anda perlu halan pendebungaan luar. Cara nya begini.
Bahan
Stapler
Kertas minyak (dipotong dang dilekatkan membentuk sampul.)
Cara-cara
1. Pilih bunga hermafrodit yang belum terbuka.
2. Sarungkan sampul dari kertas minyak dan stapler sarung. Pastikan sampul dapat menghalang serangga pendebunga (misalnya lebah) dapat masuk ke dalam sampul.
3. Apabila bunga telah menjadi putik buah, buka sampul dan tandakan buah.
4. Apabila buah ranum, petik dan proses biji benih sebagaimana dibincangkan dalam artikel bahagian 1.
Saya harap artikel ini dapat membantu rakan-rakan yang ingin cuba buat benih betik sendiri.

Selain dari betik, biji mangga boleh dijadikan benih jugak ke? bila beli mangga, mana yang sedap tu disimpan biji dan disemai balik, boleh ke?
BalasPadamBoleh. :) Tapi lambat berbuah.
PadamSalam Tuan,
BalasPadamSaya belajar istilah baru hari ini - bunga hermafrodit
Bagaimana nak kenal bunga hermafrodit dan juga pokoknya?
Pokok hermafrodit lazimnya berbuah padat, kecuali bila melalui musim kering.
PadamBunga hermafrodit ada debunga (stamen, bahagian jantan) dan ovula (stigma, bahagian betina).
Selalunya hermafodit diklasifikasikan kurang elok oleh penjual komersial. Bagi saya. asalkan ia tanam sendiri, manis, dan sedap, masuk je kat mulut ni. =)
PadamSelamat berbuka tuan!
Dari bacaan saya pula, sememangnya mereka inginkan baka ini sebab mutu buah sekata. Mungkin keliru dengan variety buah, maksud saya kultivar. Semua bacaan saya menekankan pokok hermafrodit untuk buah yang lebat.
Padam