Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 22 Julai 2012

Membuat Benih Sendiri -- Betik Bahagian 1 daripada 2

Saya tertarik dengan saranan EjaMaria yang syorkan rakan-rakan untuk membuat benih sendiri iaitu dengan menggunakan biji daripada buah yang dibeli.  Memang ini cara paling pantas untuk dapatkan biji benih betik. Tujuan artikel ini adalah untuk membantu rakan-rakan menyediakan benih yang terbaik untuk disemai menggunakan benih yang dikutip sendiri daripada buah.

Secara asasnya biji benih betik diselaputi membran dan di dalamnya terdapat jeli.  Di hujung biji benih pula terdapat sedikit isi betik yang terlekat.  Jeli yang terdapat di dalam membran tersebut adalah sejenis enzim yang menghalang  biji benih dari bercambah.  Pada pendapat saya, jeli tersebut dapat membantu menghalang biji benih daripada bercambah ketika masih di dalam buah.

Setelah mengutip biji benih, basuh dulu biji benih untuk meleraikan isi yang terlekat pada biji benih.  Ini akan dapat mempastikan biji benih tidak dimakan semut ketika menyemai nanti.

Kemudian picit biji benih untuk pecahkan membran dan membebaskan enzim penghalang percambahan.  Basuh biji benih dengan sabun pencuci pinggan dan rendam dengan thiram atau ubat antikulat dan jemur.

Anda sedia untuk menyemai.  benih yang disediakan mengikut kaedah ini akan bercambah dengan lebih seragam.

Tentang Pemilihan Benih Betik
Secara asasnya pokok betik ada tiga jenis iaitu betik yang menghasilkan bunga jantan, betik yang menghasilkan bunga betina dan betik yang menghasilkan bunga hermafrodit.  Pokok betik jantan juga dikenali sebagai betik rambai yang hanya menghasilkan bunga jantan.  Tangkai bunga panjang kadang-kadang hingga mencecah 90 cm (3 kakli).  Anda akan hanya mengetahui jantina pokok apabila pokok berbunga.  Jika tersalah pilih benih, anda akan hanya membuang masa kerana pokok betuik jantan tidak akan berbuah.  Kalau berbuah pun tidak banyak.

Pokok betik betina menghasilkan bunga yang hanya mengandungi bunga betina.  jadi tidak semua bunga yang terhasil akan berbuah kerana peelukan debunga daripada pokok betik jantan atau pokok hermafrodit.  Jadi pokok ini tidak berbuah lebat.

Pokok betik hermafrodit pula menghasilkan bunga yang mengandungi bahagian betina dan debunga.  Oleh sebab itu semua bunga daripada pokok ini akan disenyawakan dan akan berputik.  Pokok sebegini akan menghasilkan buah yang lebat.

Jadi, rakan-rakan perlu pilih buah dari pokok hermafrodit yang tidak didebunga oleh pokok jantan untuk mempastikan benihnya adalah daripada jenis hermafrodit.  Ini perlu ditekankan kerana ada rakan saya yang menghabiskan masa dalam 6 bulan menanam biji benih hanya mendapati kesemuanya pokok jantan. 





15 ulasan:

  1. As salam tuan,
    Saya setuju dgn pendapat tuan. Biji benih drp buah betik yg beli blm pasti menghasilkn pkk jenis mana. Saya sendiri pernah terkena bila semai biji betik klon MARDI, tanam dan semua subur. Bila berbunga..jantan. Simpan sepokok utk dimakan sbg ulam, yg lain2 kena tbg. Buang masa betul. Tuan ada petua tak nk kenal betik jantan atau hermafrodit semasa kecil?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah tanam benih MARDI, Alhamdulillah dapat pokok hermafrodit dan berbuah amat lebat. Mungkin ada buah yang bolos yang didebunga serangga daripada luar.

      Bahagian kedua artikel inmi akan membincangkan cara mendapatkan benih hermafrodit daripada pokok hermafrodit. Saya menggunakan kaedah yang sama ketika menyediakan benih. Alhamdulillah rakan-rakan yang semai benih tanamsendiri tiada yang dapat pokok jantan. Ketika jual benih, aeda juga perasaan risau takut-takut ada biji yang jantan, mana tahu kalau ada serangga dari luar yang bolos membawa debunga dari pokok jantan.

      Padam
    2. Tanam satu lubang 3, 4 atau lebih benih betik.bila betik berbunga, cari pokok bunga hermofrodit,potong pokok bunga jantan atau betina.

      Padam
  2. Encik, anak pokok pisang sya ade penyakit, kat batang tengah sampai kat akar die kulit tu bewarna coklat kehitaman dan berlendir, sya dah cuba buang kulit yg kotor tu, tpi mcam takde perubahan, akar die mcam tak gerak maner, mcam maner encik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pasti punca penyakit tersebut. Kalau boleh Pencari Kedamaian ambil gambar dan emelkan kepada saya supaya dapat saya buat rujukan.

      Padam
    2. insyaallah, am.... reput akar bukan encik ?

      Padam
    3. Tak pasti, rasanya rakan-rakan pakar hortikultur perlu berikan pendapat. Kitab tentang pisang tiada dalam simpanan. :(

      Padam
    4. hmmm... saya juga pernah menghadapi masalah ini... apa yg dapat saya kenal pasti tanah di kawasan pokok pisang di tanam mengandungi anai-anai... ini dpt saya kesan daripada tanaman ubi saya yg tumbang selepas hujan sy dapati ianya reput pada akar... isi ubinya juga dipenuhi anai-anai... jd tidak mustahil juga sekiranya anai-anai turut menyerang pokok pisang - terutama pd musim panas...
      saya biarkan tanah kosong utk seketika... apabila rumpai naik panjang, sy tebas dan bakar... kemudian baru sy gunakan semula ruang tersebut... buat masa ini, pokok pisang saya ok... ubi pula... ada yg ok... ada yg tumbang... nampak nya anai-anai pilih ubi dari pisang pd musim hujan begini... ;p

      Padam
    5. mungkin terkena penyakit moko seperti yang sebelum ni terkena pada peladang2 pokok pisang....

      Padam
    6. sama-sama En.Is,
      saya tanam pisang sbb anak gemarkan nya... jadi bila pokok ada masalah mesti kita cuba cari punca kenapa?
      dilaman saya ada pokok pisang serendah... anak saya namakan pokok tsbt 'banana ijau Man'... hehehe... gelak saya bila dia kata setandan itu dia punya - nampak excited sangat nak makan pisang tanam sendiri... ;p

      Padam
  3. salam en is...saya ader menanam pokok betik tp mati sebb di batang nyer penuh benda putih2....tidak terbang...seperti lumut putih...atau mungkin fungsi....saya cube basuh batang betik dan buangkan nyer,,,tp keesokan harinyer masih banyak lagi...akhirnya pokok mati.......penyakit ni merebak dr pokok betik jiran...setaman tak leh bela betik...pasti mati..apakah jalan penyelesaiannyer

    BalasPadam
  4. salam...

    macam mana cara nak semai biji benih betik???

    BalasPadam