Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 17 Julai 2012

Kailan OP

Selain daripada Kalilan baka F1, iaitu baka 55 dan 117, saya juga ada stok benih Kailan OP atau pendebungaan terbuka.  Benih tersebut ada saya kongsikan beberapa bulan yang lalu.  Saya perhatikan benih tersebut juga ok.  Daripada 100 biji benih yang saya cambahkan dalam dulang semaian, semua tumbuh.  Sebahagian daripada cambahan tersebut telah saya tuai kecil dan makan sebagai baby kai lan kerana ruang yang terhad.  Saya hanya alih dalam 10 pokok ke dalam bekas pasu panjang dan bekas gabus.

Sebagaimana posting yang lalu, sebahagian saya letakkan di tempat teduh dan sebahagian lagi di tempat panas.  Pokok yang diletak ditempat teduh menghadapi masalah serangan makhluk perosak dan kulat menyebabkan sebahagian terkena penyakit reput batang (damping off).  Pokok yang diletak ditempat panas (direct sunlight) tumbuh subur.  

Saya ada terima banyak pertanyaan berkenaan di mana nak letak tanaman kailan mereka kerana pokok ini kelihatan manja.  Letak di tempat yang mendapat cahaya matahari terutamanya cahaya pagi.


Kailan OP
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

13 ulasan:

  1. Dah dapat dah benih yg saya pesan. 65 jenis plus benih percuma! Terima kasih! Skrg tgh fikir macam mana nak mula menanam.. Laman rumah penuh dengan batu.. Belum ada kesempatan nak menambak tanah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba guna teknik 'raised beds gardening'.

      Padam
    2. Saya baru sempat rendam benih bunga matahari.. Nak semai petang ni. Saya lihat di google images, raised beds tu banyak diperbuat dari kayu.. Cantik.. Ada jual dinursery atau kena tukang sendiri ya?

      Padam
  2. bila tuan is sebut nama baby kailan..teringat asal usul baby kailan... boleh cuba google kalau ada sesiapa nak tau..

    BalasPadam
  3. hm..benih Kailan yg tuan Is kasi tu sumer dah arwah.. agaknya diserang siput dan lintah bulan yg tersangatlah besar..semlm call adik yg jaga rumah dia kata dah tinggal batang, sawi pulak dah start lubang sana sini..aduhai, x sabar nak balik. Cuti kali ni asyik teringat sayur2 kat rumah

    BalasPadam
  4. en.iskandar...boleh tak dapatkan saya benih pokok koko....dah lame mencari....aidila (Akiraakish@yahoo.com)

    BalasPadam
  5. apa yang saya suka dengan kailan OP(saya yakin benih OP) tumbuh sangat galak.... tanam 6 pokok, daunnya tersangatlah besar...dan kailan saya semua terjemur dan tiada serangan makhluk perosak utk dua2 varieti yang ditanam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. :)
      Alhamdulillah. Tak lama zicron21ck dapat bekalan kailan yang berpanjangan.

      Padam
    2. nak kena kemas balik patch, ada pokok yang ditinggalkan da berbunga2.... dan meletak material baja dan organik...

      Padam
  6. jika hendakkan kailan berbunga adakah perlu kurangkan siraman air?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kalau terlupa siram dua tiga hari pun ia akan berbunga kalau pokok terkena panas yang terik. Kalau dalam bahasa Inggeris ini disebut "bolting."

      Padam