Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 14 Julai 2012

Ikan Pelaga Jantan

Nampaknya ikan pelaga dah sedia untuk mengawan.  Pelaga jantan bukan main lagi kembang menunjukkan kejantanannya.  Nah lihatlah sendiri. Ikan pelaga ini diperolehi daripada En Ahmad Fuad di Kemaman.  Ikan tersebut adalah antara model yang digunakan dalam ilustrasi ebook yang sedang kami bangunkan.




Kepada rakan-rakan yang ingin mendapatkan ikan pelaga jantan atau betina sila hubungi breeder En Ahmad Fuad di nombor 09 8595725 atau datang sendiri ke Lot 2540 Gong Limau, Chukai, Kemaman, Terengganu.  

16 ulasan:

  1. Fuyoooo...memang cantek ikan laga ni. Satu lagi kehebatan ciptaan Allah untuk sama2 kita renung dan fikir. Semoga akan dekatkan diri kita pada Pencipta pabila melihat ciptaan-Nya. Selamat menyambut bulan Ramadan kepada Tuan.

    BalasPadam
  2. Cantiknye seekor berapa rm?, kalau saya dekat saya dah melanggan..apakan daya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kurang pasti. Setahu saya harga ikut jenis ikan pelaga.

      Padam
  3. Nampaknya sesuai untuk pelanggan sekitar Terengganu. Kalau ikan ni boleh pos, boleh la saya beli 1. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ini saya bawa ke Semenyih untuk fotoshoot untuk ebook. Yang betina saya bawa 100 ekor. Alhamdulillah semua hidup.

      Padam
  4. ee cantik nya..macam warna teratai merah.

    BalasPadam
  5. En Is, jangkaan bukunya siap bila tu? Yg ni tak payah tunggu penerbit bg pelepasan nie, so no holding factor :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sasaran 2 minggu. Sedang sediakan bahagian video. Ikan jantan dan betina seronok bersanggama, saya bersekang mata skodeng. Adusyyyy.... Teks dari breeder dah dapat. Bahagian illustrasi dan test fakta yang diberi, nak pastikan tepat dan berkesan.

      Padam
    2. Alhamdulillah... tahniah En Is. Nampaknya proses direncana berjalan dgn baik mengikut jadual ye.

      En Is tak jadi wakil pembekal ikan pelaga ke? Senang kawan-kawan di kawasan tengah nak beli nanti ;)

      Padam
    3. Minat tu ada, tapi masa dan ruang amat terhad. InsyaAllah saya cuba dalam 10,000 ekor dulu.

      Padam
    4. Lepas ni jadi cikgu ikan pelaga pula lepas dah dikenali sbb cikgu tanaman. Tahniah tuan!

      Padam
    5. Saya lebih seronok jadi cikgu tanaman. Cikgu ikan pelaga adik saya. Minat ikan pelaga sejak kecil. Berapa kali kena bedal sebab masuk paya sorang sorang. Siapa tahu akhirnya jadi breeder.

      Padam
  6. kalau tuan is jadi breeder area sini senanglah kita semua yang duduk disini.... tak perlu bersusah payah berjalan ke terengganu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergilah ke Ganu, sambil2 makan satar. :)

      Padam
    2. hehehe... menunggu lebuhraya siap...heheh tak sanggup rasanya nak melalui jalan biasa... tapi kalau naik motor dan berkonvoi mungkin boleh lagi...

      satar.... kalau makan ni, pasti tak cukup.... kena makan bercucuk2...hehehe dua benda yang takleh dilepaskan, satar dan keropok lekor/losong....

      Padam
    3. Satar dan otak-otak Ganu terutamanya Kemaman, tiada yang boleh lawan.

      Padam