Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 19 Julai 2012

Gambar Hari Ini -- Setelah Beberapa hari Hujan


Alhamdulillah, hujan mula turun setiap hari.  Tanah yang gersang mula tersenyum lagi.  Tumbuh-tumbuhan mula ceria berebut ruang bersama rumpai.  Semangat bertanam semuncak kembali. :)

Tomato ceri mula berputik.

Pokok Bunga Telang mula menghasilkan banyak bunga yang mekar.

Bunga Matahari tunduk berat menanggung air.

Bendi rebah ke laman jiran kerana ditiup angin.

Bendi masih galak menghasilkan buah yang enak.

Roselle yang terabai ketika panas dulu rebah ke tanah kerana berat buah yang tidak dituai.  InsyaAlllah bekalan jus roselle tidak akan putus Ramadan ini.

Terung pendek Bride menghasilkan buah yang berkilau ungu.

Pertumbuhan Kailan begitu galak.
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

28 ulasan:

  1. hujan tu rahmat,tak perlu siram pokok,hmmmm...selain dari itu cik rumput pun hidup subur.ha ha kena merumputlah jawapnyer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kat luar rumah saya burung ayam ayam dah buat sarang.

      Padam
  2. kailan tu tetap mantap, jeles ni..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan jeles. Ujan dah turun. Jom start semai kailan.

      Padam
  3. rossell yang saya tanam tumbuhnya merimbun... tidak tegak seperti tuan is tanam.... ke memang kita kena buang tunas2 yang keluar tu???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak buang tunas tepi. Setiap ranting akan ada buah.

      Padam
  4. nak tanya..benih telang lambat ke bercambah? sebab dah masuk 2 minggu saya semai takde perubahan. saya semai dalam tray semaian.

    BalasPadam
  5. En is, klu semai atas tanah terus musim hujan nih bole ke hidup pokok spt salad, kangkung, bendi, sawi.. Takut benih dilarikan air hujan pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih baik semai di atas tempat semaian dulu. Kemudian baru pindah anak pook atas batas. Benih kecil ni senang hilang kena hanyut air.

      Padam
    2. Betul tu I wong, semut pun cukup suka angkut benih kalau musim hujan. Kalau dalam bekas, lebih mudah dijaga.

      Padam
    3. Alamak.. Dah tabur atas tanah.. Tgk je le nanti sapa yg tumbuh.. Nak gembirakan anak2 sbb depa yg tabur benih tu..

      Padam
    4. OK juga, tak salah. Cuma risiko tinggi sedikit.

      Padam
    5. Alhamdulillah.. Saya dapati benih bendi dan bayam dah keluar tunas... Tapi benih salad tak muncul lagi.. Maybe telah dilarikan air hujan.. Benih kangkung dalam bekas pollsterin besar juga dah keluar tunas.. Gembira anak2 bila lihat benih yang mereka tabur dah keluarkan daun... Agak2 sapa yang boleh dituai dahulu..?

      Padam
    6. Kemungkinan besar bayam dapat dituai dulu kerana ia sayur daun.

      Padam
    7. Alhamdulillah.. Yang jadi masalahnya skang ni Ada kucing sudah datang melabur kat batas tanaman saya.. Haduii.. Sejak semalam saya dok angkut tinjanya buang... Ada tak cara nak halau kucing2 ni Dari masuk ke hailaman rumah Kita? Sebab rumah jiran2 semua Ada anjing, tu sbb kucing tak masuk rumah depa kot...

      Padam
  6. En. Is, kalau nak tanam, benihnya ada dijual?? Saya nak buat pewarna untuk nasi kerabu hitam.

    BalasPadam
  7. Syukur Alhamdulillah hujan. Nampak gembira ya semua tanaman en. Is. Berkat turun untuk mereka menabur bakti kepada tuannya.

    BalasPadam
  8. As salam en Iskandar,
    Benih yg tuan pos dh smpai pd saya. Trma kasih ye. Smgt utk bertani ttp membara wlpn dlm bln Ramadhan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Bulan Ramadhan bukan penghalang. Saya biasa aktif gardening sebelah petang ketika Ramadhan. Boleh tuai buat ulam-ulaman sekali.

      Padam
  9. Saya pn ada semai benih kailan yg dibeli di pasaraya. Hrp2 menjadi spt yg dlm gmbr ni la. Slmt menyambut bln Ramadhan al Mubarak ye en Iskandar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Dan selamat menyambut Ramadhan pada [email protected] sekeluarga, serta seluruh rakan-rakan tanamsendiri.com.

      Padam
  10. Bunga Telang yang ditanam sangat menjadi...

    Tuan, kacangnya tu boleh dimakan ke? Sekali tengok dah macam kacang pea je.. Cuma bezanya kecil sedikit.. Hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ada terbaca di negara India kacang ni diproses dan dikapsulkan sebagai supplement. Yg makan cara biasa belum jumpa artikel. Dalam Bahasa Inggeris kacang ni dikenali sebagai butterfly pea.

      Padam
  11. bunga matahari sy sederhana besar tapi 1 kuntum 2 kelopak je yang keluar...knp jd mcm tu? pokok lain pulak bunga kecik je...dah kering tapi xtahu ada benih ke x...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saiz kelopak tak sekata tanda kurang baja. Saya perhatikan baka ini kuat makan baja berbanding baka mixed colour.

      Padam