Bunga Matahari dari baka besar dah mula mekar. Malangnya saiz yang saya dapat tidak sebesar yang saya harapkan. Mungkin kerana tanah tempat saya tanam tohor dan kurang bahan organik. Saya juga tidak siram secukupnya. Untuk dapatkan bunga yang saiz lebih besar boleh cuba booster berikut.
1 sudu besar garam epsom dilarutkan dalam 1 gelen air (~ 4 1/2 liter). Siram 2 kali seminggu. InsyaAllah pokok akan lebih subur dengan saiz bunga yang lebih besar.
![]() |
Bunga Matahari |
![]() |
Bunga Matahari |
Pautan Benih Untuk Dijual
encik is, am.... kuacinya boleh makan ok? mcam kat kedai oooo....
BalasPadamCantik bunga matahari itu. Biasanya satu pokok akan berbunga berapa kuntum, en Is?
BalasPadamKalau tidak dibuang tunas ketiak boleh dapat dalam 5 kuntum bunga yang terbantut. :)
PadamGaram tu nak dpt kat mana..? Garam masak tu boleh guna tak..?
BalasPadamTak boleh, garam epsom magnesium sulfat. Biasanya dijual di kedai agro. Di farmasi juga ada dijual.
PadamSaya punya tengah tumbuh kudup. Boleh ke siram garam? Belalang minat sangat kunyah daun dia. Dah rompong2. Bunga tu mekar berapa lama ye. Saya dah start semai benih baru supaya bunga matahari sentiasa mekar dalam taman forever n ever
BalasPadamOwh memang pokok ini kegemaran belalang. Bila bunga dah kering, berebut dengan burung pula. :)
PadamBunga matahari besar, tapi bukan baka giant ni kan, Tuan?..
BalasPadamIni yg tuan cerita benihnya yg tuan dapat cuma 5 biji tu?
Ini yang baka Giant bantut sebab terabai. Yang baka 5 biji tu masih dalam bentuk cambahan.
PadamJangan lupa kirimkan saya baka yg tuan dapat cuma 5 biji tu..saya nak cuba tanam kat tempat saya ni.
BalasPadamBaka giant tu, memang bunganya begitu kut, sebab yg saya tanam..begitu juga hasilnya..kelopaknya panjang2 dan cepat kecut..cuma ada sekuntum yg.agak besar dan kelopaknya menjadi.
InsyaAllah akan saya kirimkan bila dah menjadi benih nanti.
Padamsaya dapati kalau tanam atas tanah bunga lebih besar dan kembang pun lama ;)
BalasPadamYa, bekalan air dan nutrien lebih banyak jika di tanam di atas tanah. Cuma tanah tempat saya tanam terlalu tohor (cetek), tak sampai 6 inci. Di bawahnya cebisan konkrit.
Padamsetelah berapa lama bunganya baru muncul?
BalasPadam