Kacang bendi dah banyak mengeluarkan hasil. Ada pokok yang tinggi sehingga paras dada. Pokok yang tinggi saya kerat hingga separas lutut. Tunas baru tumbuh di sisi batang pokok dan alhamdulillah telah mengeluarkan hasil.
 |
Pokok berbuah lebat. Saiz sebegini paling enak dibuat ulam. |
 |
Buah ini enak kalau digoreng celup tepung. Siapa yang tanam bendi boleh buka gerai BCT, "Bendi Celup Tepung." Pasti laris petang-petang. |
 |
Tunggu lagi 2 hari akan ku tuai dikai wahai putik bendi. |
 |
Buah ini sedia dituai. |
 |
Yang ini nampak berserat sedikit. Sedap dibuat gulai. |
As salam tuan,
BalasPadamPokok bendi drp baka mana yg tingginya lbh 3 meter? saya biasa tgk org tnm kat sini.
Saya perhatikan bendi OP dan bendi singa, kalau tanah subur dan dibiarkan tumbuh tanpa dipangkas akan tumbuh tinggi. Saya pangkas supaya bercabang dan dapat lebih banyak buah. Buah kecil tak kisah sebab saya tuai muda.
Padamooo... kena pangkas la yer... sy x pangkas tu yg pokok bendi tumbuh tinggi ajer.. thanks
BalasPadamsetahu saya, pokok bendi mmg perlu dipangkas selepas setiap kali berbuah... ini membantu menggalakkan ia berbuah lagi... ;p
Padampangkas kat mana ya?
PadamSaya punya tinggi tak sampai 1 kaki dah berbuah & boleh kutip. Tak tahu pulak kena pangkas
PadamPokok rendah jangan pangkas. Pangkas pokok yang terlebih tinggi sahaja.
PadamPangkas dalam 30 hingga 45 cm (1 hingga 1 1/2 kaki) dari aras tanah.
PadamSalam.. saya nak tanya, lada kalau kita beli kat kedia pastu ambil bijinya kat dalam pastu tanam dalam pasu akan bercambah ke?
BalasPadamYs, kalau benih masih bernas, ia akan bercambah.
PadamTerima kasih krn sudi mjwab.
PadamBendi Celup Tepung tu macam menarik je untuk jadi juadah berbuka puasa.. Hehehe..
BalasPadamSaya memang dah jadikan juah semalam, licin.....
Padam