Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 10 Julai 2012

E Book Ikan Pelaga

Mungkin ada rakan yanng tertanya-tanya ke mana saya dua minggu ni hingga tak sempat posting di blog tanamsendiri.  Saya ada, cuma taksub sedikit menndapatkan maklumat dan belajar cara menjaga serta membiak ikan pelaga.  Maklumat dan data dibekalkan oleh adik saya iaitu Ahmad Fuad di Gong Limau Chukai yang telah lama membiak ikan pelaga.  maklumat yang diberikan tidak ternilai harganya dan alhamdulillah beliau sanggup berkongsi maklumat tersebut melalui ebook.  Jadi dua minggu ini beliau bersekang mata menggali semula catatan serta nota yang berkait dengan penjagaan serta pembiakan ikan pelaga.  Kepada rakan-rakan yang minat ikan pelaga bolehlah memesan ebook tersebut nanti.  

Persoalan yang dibincangkan termasuk:
keperluan alatan
pH dan suhu air
jenis makanan
bila masa sesuai untuk beri makan
bagaimana mengubat ikan yang sakit menggunakan bahan biasa yang terdapat di dalam rumah
bagaimana mengenal jantina ikan
bagaimana mengenal waktu ikan sedia untuk membiak
membantu ikan bersenyawa
menjaga anak ikan
jenis makanan yang sesuai untuk umur atau saiz anak ikan
bila waktunya perlu asingkan anak ikan
dan banyak lagi.

Maklumat yang padat dan amat berguna untuk penggemar ikan pelaga.  Tunggu kehadiran ebook ini.

Kepada rakan-rakan yang ingin mendapatkan ikan pelaga jantan atau betina sila hubungi En Ahmad Fuad di nombor 09 8595725 atau datang sendiri ke Lot 2540 Gong Limau, Chukai, Kemaman, Terengganu.  Yang minat ikan pelaga, bawa duit banyak-banyak... takut kempunan.  Ikan yang ada cantik cantik.





10 ulasan:

  1. Dah jangka dah... 'kehilangan' ada kaitan dgn 'benda' nie :D
    Tahniah tuan!

    BalasPadam
  2. Hehe.. Ayah mertua saya minat bela ikan pelaga juga dulu.. Tapi semuanya dah dijual.. Seronok tengok dia biakkan ikan² pelaga..


    P/s : Nak order juga la e-book tu :)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ramai yang minat bela ikan ni sebab mudah dijaga dan harganya murah. Mampu dimiliki kanak-kanak sekolah. Harini angkut sebagaian daripada ikan untuk diambil gambar ke ofis. Berkerumun peminat2 ikan pelaga melihat ikan pelaga yang banyak dalam satu batch.

      Padam
  3. tuan
    ikan ni boleh lepas sekali dgn ikan kap dalam kolam hias tu?
    tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pasti. Cikgu sains saya saya cakap ikan besar "ngap" ikan kecil.

      Padam
  4. hehehe ialah teorinya, yg besar buli yg kecik..tapi ikan laga ni garang kan.

    BalasPadam