Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 14 Julai 2012

Cara Menyemai Dahlia

Pokok dahlia boleh disemai menggunakan biji benih. Untuk menyemai, ikut langkah berikut.

1. Isikan tanah kompos serbaguna ke dalam bekas semaian atau dulang semaian.  Jangan mampatkan tanah.
2. Sembur tanah dengan air untuk lembapkan tanah menggunakan penyembur (spray).
3. Buat lubang sedalam 2 cm (0.8 inci)  di tengah tanah dalam bekas semaian.
4. Masukkan satu benih ke dalam lubang tersebut dengan bahagian tirus di bawah dan bahagian lebar di atas.
5. Tabur kompos serbaguna di dalam lubang untuk menutupnya.
6. Letakkan bekas semaian ditemp[at cerah.  Pastikan tanah lembap selalu.  Anda boleh letakkan bekas semaian di dalam dulang berisi air iaitu kira-kira 2 cm (0.8 inci) atau sembur setiap hari.
7. Biji benih akan bercambah dalam masa 4 hingga 7 hari.



Cambahan dahlia selepas 4 hari disemai.
8. Alih cambahan ke dalam bekas yang lebih besar atau ke atas tanah apabila terdapat 6 helai daun (2 set daun sebenar).  Gunakan tanah yang kaya dengan kompos.

9. Di peringkat awal, letakkan di tempat teduh atau pasang sungkup sehingga pokok telah kukuh.
10.  Apabila pokok telah kukuh, dedahkan kepada cahaya matahari sepenuhnya.


7 ulasan:

  1. Alhamdulillah..maklumat ini lah yg saya tunggu.Benih bunga2 yg dioder dulu saya tak semai lagi, bimbang salah teknik.'forget me not' dah semai..masih dalam proses menunggu.Nak fokus pd.sayur dan bunga matahari dulu, utk persediaan puasa dan raya.meriah hendaknya lebaran nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq En. Iskandar, maklumat yang sangat membantu.

      Aimi

      Padam
  2. hm..salah tanam lah nih, patutla dah 2 minggu tanam x tmbuh2

    BalasPadam
  3. thanks for the tips..nak cuba kali ni

    BalasPadam
  4. salam
    benih ni encik ade jual tak?

    BalasPadam
  5. Salam. Saya pernah beli 4 pokok bunga Dahlia & hanya 2 pokok shj yg berbunga tp kelopak bunganya kecil. Saya bercadang utk mencabut kesemua pokok dahlia utk ambil ubinya & tanam semula. Boleh tlg beri panduan utk tujuan tsbt. Terima kasih.

    BalasPadam