Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 10 Julai 2012

Bela Cacing Untuk Baja, Bahagian 14 daripada 20


Cepatkah Cacing Membiak?

Bila sebut aja bela cacing tanah, satu daripada kriteria yang kita ambil kira adalah kadar pembiakan cacing.  Tong cacing saya kira macam syurga untuk cacing.  Ia selamat, makanan banyak. Nak buat apa lagi... Bercintalah dan bertelur banyak-banyak. 

“Ai?  Sebelum ni kata cacing tanah khunsa, ada dua dua alat pembiakan.  Mengapa nak bercinta pula?”
Ah betul tu.  Walaupun ada dua-dua alat,  cacing tetap lebih gemar berpasangan untuk membiak.  Cacing bertelur, bukan beranak.

Bila kita sebut telur cacing tanah, apa yang dimaksudkan ialah “cocoon.” Setiap cocoon mengandungi beberapa telur cacing tanah.  Jumlah coccon yang dihasilkan oleh setiap cacing adalah berbeza mengikut jenis cacing tanah serta keadaan medium atau campuran makanan dalam tong.  Kebiasaannya cocoon tersimpan dalam cebisan kertas surat khabar, bukannya di dalam gumpalan makanan.   Jumlah telur di dalam cocoon juga berbeza mengikut jenis cacing tanah. 

Jangan risau tentang jumlah anak cacing yang bakal dihasilkan.  Bila tiba masanya ia akan membiak dengan banyaknya.  Yang penting bahan yang kita letak di dalam tong sesuai untuk cacing tanah tersebut.  Tujuan kita membela cacing adalah untuk menukar sisa dapur menjadi baja berkualiti.  Kita tumpukan perhatian kepada tujuan asal kita.  Yang lain tu, bonus.

10 ulasan:

  1. Boleh tak kalau kita bela cacing yang dijual untuk memancing? Terfikir tentang keserasian tanah asal cacing dgn tanah di kawasan rumah, blh ke cacing itu hidup kelak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, tapi pilih batch yang baru tiba. Saya perhatikan, cacing tanah yang dijual untuk umpan tidak dijaga pemilik kedai joran. Tanah dibiarkan kering. Kalau batch baru mungkin cacing tanah masih sihat.
      Saya pernah beli cacing tanah yang dijual sebagai umpan. Ada yang hidup, ada yang mati.

      Padam
  2. salam,

    encik saya dah diterima benih2 yg saya pesan.
    tq very much encik.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum encik, saya nak tanye apakah kelebihan cacing tanah kepada pertumbuhan pokok? sebab saya kurang paham, tinja cacing sebagai contoh .......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Vermicompost mengandungi nutrien yang boleh diserap terus oleh tumbuhan. Kompos biasa masih perlu diuraikan oleh organisma sebelum dapat diserap. Perkara ini benar untuk sebatian nitrogen. Oleh sebab itu tanaman yang menggunakan baja vermikompos lazimnya 2 hingga 3 kali lebih besar berbanding tanaman yang ditanam menggunakan baja kompos biasa.

      Padam
  4. vermicompost tu boleh terus ditabur pada batas selepas dikumpul dari bin? saya lihat compost saya dah berwarna gelap di permukaan, sebelah dalam tak korek lah

    BalasPadam