Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 31 Julai 2012

Bayam Malabar Mampu Membaiki Organ Dalaman Yang Rosak

Anak pokok Bayam Malabar Putih
 
Terdapat dua jenis Bayam Malabar iaitu Bayam Malabar Putih (Basella alba) dan Bayam Malabar Merah (Basella rubra).  Pokok Bayam Malabar Putih mempunyai batang dan biji benih yang berwarna hijau manakala Bayam Malabar Merah mempunyai batang dan biji benih yang berwarna ungu kemerahan.  Teradapat sedikit perbezaan dari segi rasa, namun tidak terlalu ketara.  Bayam Malabar lazimnya dimakan sebagai sayur.  Ia enak digoreng bersama bawang putih.  Oleh kerana Bayam Malabar mengandungi lendir, ia enak kalau tidak digoreng hingga terlalu masak kerana jika sayur ini hancur, ia akan mengeluarkan banyak lendir.  Bayam Malabar juga enak jika dimakan sebagai ulam.  Sayur ini kaya dengan Vitamin A, Vitamin C, Besi dan Kalsium.

Sayur ini telah dibuat kajian secara mendalam secara saintifik.  Bayam ini dikatakan mampu membantu membaiki pankreas dan buah pinggang yang rosak akibat diabetes dan darah tinggi.  Untuk maklumat lanjut sila rujuk posting terdahulu tentang sayur ini.

Saya ada tanam Bayam Malabar di patch belakang rumah.  Sayur ini boleh ditanam menggunakan keratan batang atau biji benih.  Benih Bayam Malabar Merah boleh diperolehi daripada blog tanamsendiri.com. 

10 ulasan:

  1. Sayuran menarik untuk ditanam nie. Nak cuba tanam bila ruang dah bersih dr ancaman rumput :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayur ini memanjat jika dibiarkan. Cantik untuk dijadikan tanaman hiasan.

      Padam
    2. Eh, pokok ini jenis memanjat ke, En Is?

      Seumpama pokok kangkung yg akan menjalar jika dibiarkan?

      Padam
  2. Sayur ni kalau kat pasar mahal jugak ni. Saya suka buat goreng ikan masin...

    BalasPadam
  3. Terima kasih pada info berharga ini.

    Kalau tak silap sayur Bayam Malabar juga dipanggil Remayung. Orang utara panggil Pucuk Mayong. Orang barat selalunya mereka masukkan dalam salad.

    Selamat berpuasa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagaimana prospek tanaman bayam malabar putih, mohon informasi.tirms

      Padam
  4. slm tuan, benih remayung tu ada jual sekali banyak ke tuan?, nk tanam dalam suku ekar..

    BalasPadam