Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 13 Julai 2012

Alatan -- Chia Gourmet Herb Garden

Ada rakan meminta saya kumpulkan benih dan medium yang sesuai dan edarkan sebagai kit.  Alasannya, dia tak tahu macamana nak pilih tanah, benih yang mudah tumbuh serta kaedah menanam.  Katanya lagi, bila dah sekali praktis, lain kali bolehlah pilih sendiri tanah, baja dan benih yang macamana yang sesuai.  Bagus juga idea tu, mungkin saya cuba celah-celah dulu masa dan bina kit prototaip dulu.  Ada saya berjanji dengan sebuah syraikat untuk bangunkan kit sedemikian, tapi masa belum mengizinkan lagi. 

Semalam sempat ke kedai dan capai satu kit bertanam.  Kit ini dinamakan Chia Gourmet Herb Garden.  Kit ini mengandungi tiga pot semaian serta piring dan pengalas dibuat daripada plastik,  tiga span bernutrien berbentuk pot semaian, 6 penanda jenis semaian,  dan 6 sampul kecil benih.  Benih tersebut ialah benih daun sup, dill, kucai, sweet basil, ketumbar dan marjoram.

Cara menyemai bergambar dicetak pada sisi kotak.  Menarik.  Saya belum cuba semai lagi.  Tapi harganya agak tinggi.  Saya bel;i dengan harga RM80++.  Tapi, kalau nak tarik anak-anak bertanam herb, kira berbaloi lah sebab bagi saya RM80 tak sepadan dengan ilmu yang kita peroleh bila menggunakan kit tersebut.  Tapi kandungan nutrien span tak diberitahu.  

Hmmmm.... Ini macam pergi kursus fertigasi juga, 

"Larutkan sepaket baja A dan baja B dalam ...." 

Tapi apa ada dalam baja A dan baja B tak diberitahu. 

Kit Chia (R )Gourmet Herb Garden
 

13 ulasan:

  1. Kandungan baja A dan baja B tak tahu pun tak syok jugak tu Tuan Iskandar. Bila nak praktik sendiri, tak tau cemana nak produce sendiri campuran baja A dan B. Ini semua kaedah pemasaran supaya ada jualan ulangan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu betul, tapi kan mereka kenakan bayaran? Lepastu keluarkan sijil. Nanti katalah saya org muda nak gi kerja kat tempat yg buat fertigasi diambil kerja kerana sijil tu, majikan suruh bancuh baja. Macamana nak bancuh baja A? Tak baik tu. Kalau dah janji nak ajar, ajarlah dengan jujur. :p

      Padam
    2. Ha ha haaa... main campur-campur baja ni, teringat saya dengan persediaan air baja untuk kaedah hidroponik yang disediakan dlm kit hidroponik satu masa dulu... menarik juga bertani dgn hidroponik nie.

      Padam
  2. Kandungan baja A dan B memang menjadi rahsia. Berdasarkan kelas yang saya ambil, campuran stok A dan B adalah trademark untuk setiap syarikat baja. Kalau diberitahu, habis tak lakulah bisnes baja mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ia macam Cikgu Tuisyen mengajarlah. Jangan susah2 fikir, hafal jer. Budak dapat jawab periksa, tapi tak dapat ilmu.

      Padam
    2. Yup. Kandungan yang kami belajar juga adalah rahsia yang pensyarah kami buat. Jadi agak susah untuk dedahkan kepada syarikat luar. Hmmm.

      Padam
    3. Hmmm. Saya kurang jelas maksud En Is. Apapun kelas hidroponik banyak mengajar saya teknik fertigasi yang betul dan kandungan stok A dan B yang betul. Cuma harga untuk kandungan stok A dan B adalah mahal. Formulasinya mudah sahaja. Cuma perlu ikut aturan agar larutan tidak termendap nanti.

      Padam
    4. Untuk kita yang faham tentang ilmu kimia, ia tiada menjadi masalah. Untuk murid yang ikut seperti kitab, akan ada masalah. Pada pendapat saya, dalam menyebarkan ilmu, sepatutnya kandungan tidak dirahsiakan. Memang pelajar tidak akan membeli stok sendiri. Tapi bagaimana bila ketiadaan pensyarah nanti. Jadi ilmu tersebut hanya berguna bila pensyarah masih ada.

      Sebenarnya sya tidak merujuk kepada Iwong. Ini berlaku pada diri saya sendiri ketika mengambil kursus fertigasi. Untuk kaedah fertigasi, sebenarnya tidak perlu pergi kursus pun. Kita boleh dapatkan maklumat daripada buku atau Internet dan sistem drip boleh dapatkan nasihat plumber. Yang kita perlukan ialah sumber nutrien.

      Dalam kes saya, fasilitator tidak mahu memberikan kandungannya. Memang saya akan beli stok dari beliau, tapi apabila beliau tiada nanti, kemana halatuju pelajar yang bergantung sepenuhnya pada beliau?

      Untuk saya dan pelajar UPM, saya rasa tiada masalah kerana kita tahu apa elemen jejak yang ada dalam tanaman. Bagaimana dengan rakan-rakan yang baru nak belajar fertigasi?

      Kerana penggantungan sumber, kalau iwong lihat berapa banyak projek fertigasi terbengkalai kerana project tersebut tidak cost effective.





      Padam
    5. Oh begitu. Saya tidak tahu pula ada kes sebegitu. Saya pernah melawat satu ladang cili yang menggunakan sistem fertigasi terbuka di Klang. Pemilik ladang ada menyediakan larutan Stok A dan Stok B. Cuma menurutnya peserta khusus ramai yang hendak beli sahaja daripadanya berbanding mengetahui teknik campuran. Lagupun dia bukanlah pelajar pertanian. Ikut buku sahaja asalkan jadi.

      Jadi, bagi saya apa yang penting didedahkan pengubahsuaian nutirent itu mengikut cuaca dan keadaan setempat kerana kalau dalam buku orang Puteh, ia mengikut iklim dan tanaman mereka.

      Padam
    6. Itulah yang saya cuba sampaikan. Kalau kita tak tahu serta memahami kandungannya bagaimana kita nak ubahsuai apabila perlu?
      Orang yang memberi kursus patut jelaskan apa dan mengapa bahan nutrien tertentu digunakan. Kalau rahsia, bagaimana kita dapat manfaatkannya ke tahap yang optimum.

      Padam
    7. Kadang-kadang ingin juga buka thread baru tentang fertigasi dan hidroponik, tapi masa amat terhad dan saya sendiri belum perlu lagi sistem tersebut.

      Padam
  3. Tuan, kt mne biasanya kita bleh beli kit2 tanaman ni ye? sy slalu jumpa dia jual asing2 je. nk cri kit cmni payah.. or sy yg salah masuk kedai?huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya kedai DIY ada jual, bahagian gardening. Saya beli di Ace.

      Padam