Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 14 Julai 2012

Air Kencing Sebagai Baja

Saya perhatikan sebelum ini ada antara rakan-rakan yang membuat ulasan tentang penggunaan air kencing sebagai baja.  Secara peribadi saya sendiri tidak tergamak untuk gunakan bahan tersebut sebagai baja.  Saya juga ada mene rima beberapa permintaan agar saya sentuh tentang topik ini.

Pada pendapat saya, air kencing adalah satu daripada potensi sumber baja yang besar malangnya telah diabaikan.  Sebaliknya kerana tidak dimanfaatkan sepenuhnya, air kencing telah menjadi satu daripada sumber pencemaran.  

Adakah air kencing kotor secara biologi?

Secara biologi, air kencing adalah steril dan boleh digunakan sebagai baja secara terus, kecuali jika anda mengidap penyakit hepatitis.  Penyakit hepatitis boleh berjangkit m,elalui air kencing.

Secara purata, setiap hari seorang dewasa menghasilkan 12g nitrogen melalui larutan ammonia, 1.0 g fosforus, 2.5g kalium, 1.0g sulfur dan 5.0g natrium.  Oleh kerana pemakanan seseorang adalah berbeza, kuantiti kandungan mikronutrien di dalam air kencing adalah berbeza mengikut individu.

Cara terbaik menggunakan air kencing adalah sebagai sumber nitrogen di dalam timbunan kompos.  Cairkan 1 bahagian air kencing dengan 4 bahagian air dan siram di atas timbunan kompos. Jangan gunakan air kencing yang tidak dilarutkan kerana kandungan garam yang tinggi di dalam air kencing akan menyebabkan tanaman terbakar.

Ada juga orang gunakan larutan air kencing (1:4) sebagai baja foliar.  Larutan tersebut juga boleh bertindak sebagai racun kulat yang berkesan.

15 ulasan:

  1. saya gunakan sebagai baja tomato, terung dan bunga dahlia. Memang menjimatkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rocky,betul ke apa u ckpkan ni? U guna untuk sayur jualan atau mkn sendiri?

      Padam
  2. eeee macam macam..banyak lagi benda lain boleh buat baja.hehehe

    BalasPadam
  3. jiran sebelah rumah mak mertua guna air kencing.... berbau dan orang2 sekeliling tak suka. hhihihi saya keja hospital memang sehari bergelen2 urin ada hahaha. so far tak gamak lagi nk guna urin.....

    BalasPadam
  4. itu la rahsia petani sejak zaman
    berzaman. untuk jimatkan kos dan dapat
    tuaian yang subur dan cepat. tapi saya cuma
    petani hobi.
    air kencing yang diperam juga bagus untuk
    disiram pada kompos untuk mempercepatkan
    penguraian dan menambah nitrogen dalam tanah.
    air kencing segar yang di cairkan biasanya tak
    berbau kuat melainkan yang lepas duapuluh empat jam

    BalasPadam
  5. Adoiii... Erkkkk... Gulp... Taik lembu..taik kambing..taik ayam.. Taik puyuh.. Semua tu saya tak kisah..tapi bila cerita baja air kencing sendiri ni geli geleman la pulak

    BalasPadam
  6. aduyai..geli geleman weh! Lepas ni mcm dah tak tergamak nak beli sayur kat pasar!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan generalised. Kebanyakan sayur di pasar gunakan baja kimia untuk bekalan nitrogen. Kalau beli baja, misalnya di Amerika Syarikat, baja sumber air kencing dilabelkan HLA, Household Liquid Activator.

      Padam
  7. ari tu kat akhbar tulis di indonesia, depa jual air kencing ke kilang memprosess baja. means urine = good business. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari segi pertanian tak salah guna baja HLA, cuma secara peribadi saya tak tergamak.

      Padam
  8. Guna siram pokok bunga...? Saya suruh anak lelaki kencing kat pokok bunga. Tapi kena la pokok bunga yg jauh2 dari rumah sikit sbb nak elak baunya yang `harum' tu...

    BalasPadam
  9. Bàgus ape... Kenapa nk geli dgn air kencing sedangkan Ada lagi Yang lebih jijik Dari ITU seperti taik ayam taik lembu dsbnya

    BalasPadam
  10. Eleh..guna air kencing utk baja hnya utk pokok y menghasilakn buah bukannya sayur daun.apa pula jijiknye..dr pda guna baja kimia y terang2 memudaratkan kesihatan..

    BalasPadam
  11. Terima kasih sharing info. Bagi saya tidak salah menggunakan air kencing sendiri sebagai baja organik untuk tanaman yang menghasilkan buah seperti tomato, timun dan lain2. Saya sedang menggunakannya ke atas tananman say setelah saya melihat hasil kebun yang sangat sehat dari jiran saya. Bukakan tuk jual pun . Dari badan sendiri untuk tanam sendiri dan makan sendiri jer

    BalasPadam