Sawi Bunga ini telah 2 kali dituai menggunakan kaedah kerat dan tumbuh lagi. Selepas 2 kali dituai, daun yang dihasilkan kecil sedikit jadi saya telah menuai semuanya. Ruang tersebut akan diganti dengan semaian Sawi Hong Kong. Tuaian ini telah berakhir dalam kuali dan berakhir menjadi perencah mee goreng. Tiga pinggan.... licin.
Tuaian Hari Ini -- Sawi Bunga Wang Bujang. |
Gambar berikut menunjukkan cambahan Sawi Hong Kong yang akan dialih ke patch yang sebelum ini mengandungi Sawi Wang Bujang.
![]() |
Semaian Sawi Hong Kong |
sedapnya... bagaimana kaedah memindahkan anak pokok sawi jika disemai dlm bekas spt di atas tu?
BalasPadamSaya sengaja tabur lebih sedikit. Sepatutnya tabur 3 biji benih aja dalam satu pasu semaian. Apabila dua set daun sebenar tumbuh, saya akan gunting cambahan yang kurang elok dan hidangkan sebagai salad. Tiga cambahan terbaik di alih ke patch sawi. Jadi dalam batch ini saya hanya akan alih 12 pokok yang terbaik. Yang lain masuk dalam mangkuk salad.
Padamwah... bagus idea tu...
Padamtapi saya tak bole guna pakai... sbb salad tak laku dirumah saya :(
owh... terima kasih tuan Is.
Padam@ejaMaria,
ruginya salad tak laku... tp lbh kurang saya jugak, ulam-ulaman saya sorang je yg layan :D
saya ada semai secara terus kat patch... sawi hongkong... elok je besar walaupun tak sekata...
BalasPadamtapi yang pelik, kat belah tepi bukan main besarnya... yang tengah2 kecik je saiznya...
Mungkin sebab akar tepi dapat oksigen yang cukup. :)
Padammungkin juga...
Padampokok2 sawi saya baki yg.tak habis dimakan, telah berbunga dan menghasilkan benih2, masa bila sesuai petik beni2 sawi tu tuan?
BalasPadamBenih boleh dituai bila buah telah kering. Benih sawi tersebut adalah benih F1. Anak sawi nanti mungkin tidak sama dengan induknya. Tapi bagi saya masih ok. Sawi tersebut tetap enak. :)
PadamSeronok nya tanam sampai tak habis makan ye. Saya ni kebuluran sayur2 segar. Hahahah
BalasPadamHe he.
Padam