Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 5 Jun 2012

Tuaian Hari Ini -- Peria Katak Ranum

Saya ada tanam beberapa jenis peria katak.  Satu daripada peria katak tersebut adalah dari baka OP yang mempunyai saiz sangat kecil.  Buah matang hanya sepanjang 1.5 hingga 2 inici.  Minggu lepas kelihatan buah dah lebat, ingat sempat tunggu seminggu lagi.  Hari ini didapati sebahagian buah telah meletup.  Jadi hari ini menuai buah peria kata extra dwarf, bukan untuk dimakan tetapi untuk benihnya.  

Buah muda yang dituai rasanya amat pahit tetapi lebih enak berbanding peria katak yang terjual di pasar. Rasa yang lebih enak mungkin ada kaitan dengan buah yang segar kerana baru dipetik.  Peria ini enak dimakan cicah sambal belacan.  Ada rakan yang sarankan supaya digoreng garing.    Benih peria katak extra dwarf ada dijual tetapi jumlahnya terhad kerana ia adalah daripada hasil tuaian hari ini.  Dapatkan dengan segera.


Tuaian Hari Ini, Peria Katak Extra Dwarf yang telah ranum.


Pokok Peria Katak Extra Dwarf.
Buah Peria Kata Extra Dwarf yang ranum meletup mendedahkan buahnya yang bersalut pulp berwarna merah terang, mungkin untuk menarik perhatian burung.

Buah Peria Katak Extra Dwarf yang baru dituai.

13 ulasan:

  1. nampak peria ni, teringin pula nak minum jus peria..segar dan sejuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh share tak khasiat jus peria? Ni dah mcm kaedah minum jus pegaga jer... kalo pure pahit sket, so letak sedikit gula utk kurangkan rasa pahit :D

      Padam
  2. hehehe pahitle, tapi minum jamu pun pahit juga.jus peria utk.rawat usus dan singkirkan lemak dlm perut.tapi minum 3 kali dlm seminggu..pasti slim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, nak cuba la kalau macam ni.. Boleh slim.. Hehehe.. Jus Mate 5 pun kalah.. :)

      Padam
  3. peria memang pahit, tapi ramai makan peria mentah buat ulam, lagi teruk kan, kalau buat jus, tutup hidung..teguk..hehehe dah selesai..lepas tu kunyahlah apa2 yg.manis.tapi jangan hari2 minum takut tinggi darah..ehh, or darah tinggi?..
    selamat mencuba sir n baguznet.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya tak ya jugak. Saya sendiri pun buat ulam makan mentah-mentah.

      Padam
  4. boleh slim ye? harap2 perai say nanti berbuah lebat. saya suka makan peria.. hari2 pun takpe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. He he. Ini mesti sebab dapat tahu boleh slim ni. Pahit pun dah jadi manis. :)

      Padam
  5. lupa nak tanya, benih peria katak yang ada dijual, berapa lama akan bercambah??

    yang dulu tanam benih peria top form, cepat je cambah dalam 2-3 hari rasanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu. Banih yang saya uji bercambah dalam masa 48 jam.

      Padam
  6. en Iskandar, pahit juga tp tak sepahit hempedu bumi, guna sehelai jer daun, pahit nya menjadam... kalau peria nie sy blend dgn epel hijau dan seleri... tak lah pahit sgt, pada saya lah...

    BalasPadam