Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 2 Jun 2012

Tuaian Hari Ini -- Lobak Putih, Terung, Bendi dan Roselle

Tuaian hari ini sesuai untuk ramuan gulai dan jem.  Roselle akan dijadikan jem kemudian dicampur dengan yogurt buat sendiri.  :)  Saya masih terhutang cara membuat yogurt.  Untuk membuat yogurt, secara asasnya perlukan susu segar, bakteria lactobacillus, serta bekas yang digunakan untuk melaraskan suhu kepada suhu yang sesuai untuk pertumbuhan bakteria. Huh, pelik-pelik orang sekarang, susu basi pun nak makan. Tapi pelik pun sedap juga :)
Oh ya, tuaian hari ini, Roselle, Terung Pendek Bride, Terung Telunjuk, lobak putih, dan Bendi Singa. Lobak putih ni adalah solo, saki baki tanaman dulu.  Yang lain dah dituai ketika lobak saiz sebesar bola ping pong.  Yang satu ni tertinggal dicelah-celah sawi.  Bila berbunga baru saya perasan.  Rezeki.... Puas bertanam sendiri ni.

Tuaian hari ini, lobak putih`, bendi, terung telunjuk, terung pendek, dan roselle.


4 ulasan:

  1. assalammualaikum tuan,
    Lobak putih sesuai di tuai umur berapa minggu?
    Lobak putih yg saya tanam isinya dah besar.Selain dibuat jus dan sayur, isi lobak tu sesuai buat apa lagi?..kongsikan resepinya tuan.Sayang lobak putih tu, banyak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paling enak rasanya ketika lobak sebesar bola ping pong. Biasanya dalam 6 minggu selepas disemai. Kalau dah matang macam dalam gambar di atas rasa lobak dah terlalu kuat. Kalau dimasak untuk anak-anak pasti mereka tak nak makan sebab lidah mereka lebih peka kepada rasa berbanding lidah orang dewasa.

      Kami buat jeruk dalam cuka dan sedikit garam. Saudara yang bertandang ke rumah pasti akan minta sebalang. Kira jeruk lobak putih kami jadikan umpan supaya saudara singgah bertandang. :)

      Padam
    2. jeruk tu sedap potong kecik2 letak dalam bihun sup...

      Padam