Tuaian hari ini tertumpu pada sayur buah. Ini hanya sebahagian daripada sayur buah yang telah dituai. Tuaian ini dipetik dari tanaman di depan rumah, iaitu Labu Air, Terung Pendek Ratna, Bendi Singa, dan Kacang Panjang. Tuaian ini cukup untuk kami sekeluarga menikmati juadah yang segar. Labu air enak kalau dibuat ulam atau dimasak sayur air dengan lada hitam (black pepper). Patutlah sejak bertanam di halaman rumah ni, anak lelaki yang bersekolah rendah bulat-bulat belaka. Ada aja alasan untuk makan lebih.
![]() |
Tuaian hari ini, Labu Air, Kacang Panjang, Terung Pendek Ratna dan Bendi Singa. |
Baguslah kan budak-budak dah pandai makan sayur. Budak zaman sekarang ramai yang tak kenal sayur.
BalasPadamPerkenalkan makanan bersayur sejak awal lagi. Pada pendapat saya, ibupada adalah org yang bertanggungjawab yang menyebabkan kanak-kanak tidak makan sayur kerana apabila kanak-kanak tidak makan sayur, mereka berhenti berikan sayur kepada kanak-kanak. Mereka "reward" kanak-kanak dengan makan makanan "sihat" kat rangkaian makanan "cepat." Dalam katalog atau menu tunjuk burger, ayam goreng berhias sayur yang merah terang dan hijau pekat. Bila beli, adalah salat sebesar ibu jari. Itu pun dari ladang komersial yang fokus pada rupa sayur bukannya pada kandungan khasiat. Rupa aja cantik, nutrienm kurang.
PadamLangkah pertama nak galakkan makan sayur, tutup game komputer dan ajak mereka bertanam. Mulakan dengan sayur ringkas yang cepat dituai. Kalau taugeh, 4 hari aja dah boleh tuai. :)
Saya berani beri kenyataan ini sebab dah ada ramai anak... Semua makan sayur dan semua tak komplen.
betul lah apa yang dikata... anak2 sekarang kurang makan sayur... even kalau beli nasi goreng kat gerai pun sayur2 dalam tu semua diasingkan...
Padammacam saya sendiri memang dari kecik memang ikut arwah ayah menanam tak kiralah pokok bunga ke, sayur ke, pokok buah buahan ke, semua tolong dan ikut...
dan sayur menjadi pilihan kalau makan... sehari tak makan sayur akan rasa janggal... jadi ulam akan ganti sayur kalau betul2 takde sayur...
sayur2 zaman dahulu kala juga menjadi pilihan seperti pucuk meranti, pucuk ubi, pucuk paku, pucuk betik dan lain2... sedap tak terkata
saya ajarkan anak makan sayur sejak dari baby lagi... masa baby tak pandai komplen - makan sahaja... tapi hairan bila makin besar boleh pula pilih-pilih makanan... asalkan ada sayur je asingkan ke tepi... huhuhu... geram saya...
Padamsaya tak nafikan, saya pun ada sesetengah sayur yg saya tak bole makan... dah cuba tapi tak bole masuk... Mak bagi makan peria, sy rasa pahit... sampai skrg sy terkenangkan pahit dia... lagi satu pucuk betik... pun saya rasa pahit :(
tapi bila saya ajar anak makan semua mula dgn sayur-sayur yg manis + sedap = carrot, kentang, bayam, kobis, pak choy, taugeh, bunga kobis, celery, tomato... boleh je makan masa kecik... dah besar mula memilih pulakkk... haduiii...
pucuk betik ada petua cara menghilangkan rasa pahitnya.... saya belajar dari kakak ipar saya... caranya ialah dengan merebus bersama daun senduduk... pasti pahitnya akan hilang...
Padamuntuk peria, rendamkan bersama garam dengan air panas selama 1-2 minit... pahitnya akan berkurang...
saya kalau bab sayur memang hantu... selalu kalau masak, separuh tu saya punya...hehehe
Terima kasih. Maklumat berguna untuk kita semua.
Padamsaya pun tak tahu apa yang ada dalam senduduk tu boleh menghilangkan pahit betik... jadi lepas ni, nampak betik jantan tu petik je...hehehe
Padamsedap tu labu air masak air lada hitam...kalau saya tumbuk ikan rebus sikit... slurrppp...
BalasPadamtetiba teringat bendi masak singgang pulak..
Ya, memang enak. Kena dengan lada hitam yang hangatnya dari dalam. Berpeluh kulit kepala.
Padamsemua sayur tu, jenis kegemaran saya, labuh air masih 2 helai daun..lambat membesar..
BalasPadamTerung tu sedap dibakar(layur)lepas tu + asam kasturi +cili padi+garam dan serbuk perasa secukup rasa, ehh best dari kari ayam.Hehehe tuan Is, pandai cari menu pembuka selera.
eh, yang part terung layur tu samalah, favorite juga tu.. Baru je plan nak buat untuk makan malam ni. Heee
PadamTerung layur, sapu minyak zaitun sikit. Fuh.... Tambah lagi sepinggan nasi.
PadamNanti ke Semenanjung kena singgah ke pondok kami.
BalasPadamEn Is...lynn setuju sgt pasal galakkan anak mkn sayur tuh..anak2 lyn mkn tapi bit memilih. But now since lynn dah belajar tanam sendiri, they pun excited gak nak tanam sama, sampai daun bwng gondol buat masak dlm meehun, kebetulan lak anak2 lynn pandai masak & rajin ke dapur, bukan mcm maknyer..taugeh tu nowadays dia memang buat sendiri dah sbb dah ajar sekali.. suka betul masukkan dlm sup. Ni bayam dah boleh tuai cuma x tau nak masak mcm mana..
BalasPadammacam mana nak tahu labu tu dah sesuai dipetik tuan is??? dekat rumah ada 2 biji da...ingat nanti nak letak pancang lagi...pancang sedia ada da dikuasai petola...
BalasPadampatch untuk tumbuhan melilit dah penuh dengan pokok petola... membesar tanpa henti... banyak juga hasil petola tu... rasa2 da dekat 10 biji dapat dimakan dan diberikan kepada orang lain...
Saya petik ketika buah masih muda.
Padamlabu air yg ini tak sama kan dgn labu air baka thailand yg.tuan iklankan kat ruang benih utk dijual tu.
BalasPadamTak sama. Ini dari baka op. Benih dah habis. Benih baka siam masih ada stok.
Padam