![]() |
Buah bendi enak dipetik muda. |
TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Rabu, 27 Jun 2012
Tuaian Hari ini -- Bendi, Okra, Lady's Finger
Alhamdulillah, pokok kacang bendi di depan rumah dah mula membekalkan aliran buah kacang bendi yang tak putus putus. Walaupun pokok tak banyak, pokok terus berbunga dan berbuah dan mampu dituai setiap dua hari. Kalau macam ni boleh semai banyak lagi. Saya baru tahu, selain daripada dibuat ulam, dicelur atau dimasak kari, buah bendi juga enak dijeruk atau digoreng celup tepung. Yummy, orang lain dah lama makan, kita baru nak cuba-cuba.
Labels:
bendi,
Hibiscus esculentus,
kacang bendi,
lady's finger,
okra
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
bendi digoreng celup tepung? baru saya dengar kali ni. Sblm ni baru je baca org buat goreng celup tepung daun pegaga. Ilmu... ilmu... seronoknya dpt ilmu baru bila membaca ;)
BalasPadamItu lah, saya pun baru tahu. Sedang tunggu nak dapatkan resepinya.
PadamSalam...saya ada tengok rancangan masakan di tv...tajuknya "Everyday Exotic"....chef Roger Mooking tu pun pernah buat bendi goreng tepung...Tapi seingat saya die tak pakai tepung biasa,tapi die pakai cornmeal....mula2 celup telur,pastu celup cornmeal then goreng...dah pun siap...
BalasPadamWah. Saya terpikir celup tepung ala ikan celup tepung Terengganu. Tepung jagung dan putih telur menarik juga. Kena pula kalau cicah sos tomato.
PadamKena tanam lebih bendi nampaknya.
Saya selalu buat juga. Bukan saja bendi, kacang panjang, kacang buncis, bayam, pucuk kaduk pun boleh. Resepi saya senang ja..beli teping goreng serba guna untuk goreng ayam n seafood tu. Pukul telur. Celup sayur dalam telur kemudian gaul dengan tepung( golek2kan). Teringat masa pregnant 3 bulan. Ntah mood apa ntah teringin nak meniaga bulan ramadan. Saya jual nasi lemak ayam perap n cendawan goreng tepung kat depan usm. Memng berduyun2 beratur... Student usm.. Cendawan memng laku n cepat habis.
PadamMungkin kalau buat bendi celup tepung org berduyun2 juga beratur. ;)
PadamCornmeal tu bukan tepung jagung yang kita biasa pakai tu...Saya tengok warnanya kekuningan...Cari kat internet ni yg saya jumpa-->Cornmeal itu jagung kering yang dihaluskan (dengan kulit arinya). Mirip tepung roti, tapi butirannya lebih besar dan kasar(gak larut dalam air). Salah satu rahasia kerenyahan bagian luar kulit pizza adalah menaburkan cornmeal ini di loyang pizza yang sudah dioles minyak...pernah jugak tgok chef taburkan cornmeal ni kat bawah pizza atau roti...mula2 ingatkan tepung jagung tapi bile tengok chef tu guna lain mcm je,apalagi,google la...teksturnya pun lain rasa2nya...x pernah guna lagi...
BalasPadamYa.betul tu. Yg tepung halus dipanggil cornstarch. Ia memang sedap dibuat coating. Untuk perisa dia guna apa?
PadamSaya bagi resepinya terus pada en. iskandar la ye
BalasPadamINGREDIENTS
• 4 cups vegetable oil
• 1/4 cup all-purpose flour
• 1/2 cup cornmeal
• 1/2 teaspoon freshly ground black pepper
• 1/2 teaspoon ground paprika
• 1/2 teaspoon garlic powder
• 2 egg whites
• Kosher salt
• 2 cups fresh okra, washed and dried well, tips removed
• Chipotle Sour Cream, recipe follows
Chipotle Sour Cream
• 1 cup sour cream
• Juice of 1/2 lime
• 1 canned chipotle pepper in adobo sauce, finely chopped
• Kosher salt and freshly ground black pepper
DIRECTIONS
1. In a large, heavy-bottomed pan, heat the vegetable oil over medium heat until a deep-frying thermometer inserted in the oil reaches 350 degrees F.
2. Prepare a baking tray lined with paper towels.
3. Combine the flour, cornmeal, black pepper, paprika, and garlic powder, in a shallow bowl.
4. Put the egg whites, and a pinch of salt into another bowl, and whisk until the mixture is frothy. Dip the okra in the egg whites and allow the excess egg whites to drip off, then dip the okra into the flour mixture, shake off the excess flour, and gently drop into the preheated oil.
5. Fry the vegetables until golden brown, turning frequently for even color.
6. Transfer the fried okra to a tray, lined with paper towels to absorb the excess oil, and season with salt, to taste. Coat, and fry, and season the remaining okra. Serve with the Chipotle Sour Cream.
7. Combine the sour cream, lime juice, chopped chipotle pepper, and salt, and pepper, to taste, in a bowl. Mix to incorporate well. Serve the dipping sauce alongside the Crispy Cornmeal Okra.
Terima kasih Wasilah. Ini dah boleh ikut terus.
Padam