Pokok ada pelbagai jenis. Setiap jenis pokok adalah berbeza dan kadang-kadang memerlukan kaedah pengendalian yang berbeza. Kadangkala cara penanaman yang digunakan menjadi, kadangkala gagal. Yang penting, setiap kali menjalankan aktiviti bertanam, buat catatan. Sebagaimana yang dikatakan dulu, wajib ada jurnal kalau ingin hasil yang lumayan dalam masa yang singkat. Ini kerana dengan jurnal, kita tidak membuat kesilapan secara berulang kali.
Anak red basil ini mati kerana saya telah gunakan tanah yang tidak sesuai.
![]() |
| Cambahan basil mati kerana tanah yang digunakan tidak sesuai. |
![]() |
| Cambahan red basil yang subur kesan dari penggunaan tanah dan baja yang betul. Proses mencari bahan yang betul dapat dicepatkan dengan menyimpan jurnal. |


Sangat setuju. Kadang-2 rasa macam nak give up. Benih habis tapi tak bercambah pun. Nak belajar dari kesilapan, kena la beli benih lagi :)
BalasPadamapa campuran tanah yang sesuai?
BalasPadamtanah hitam kat tesco saya lihat sangat
tak bermutu. benih terus kojol. nak campur
dengan ape ye tanah hitam tu
Tanah tersebut untuk pokok besar sahaja. Untuk cambahan muda atau benih elok gunakan tanah organik atau tanah yang diadun khas untuk semaian.
Padambetul tu tanah hitam tesco tak sesuai untuk semaian. untuk semaian benih memang perlukan tanah bercampur organik
BalasPadamSaya dapati 'tanah hitam' Tesco penuh dengan 'biochar'. Mungkin dengan nisbah 2:1. Banyak biochar bermaksud ini akan menyebabkan nilai pH tanah meningkat. Apa yang saya pelajari, kandungan biochar dalam tanah tak boleh lebih atau ia akan memudaratkan tanaman terutamanya yang berbatang lembut.
BalasPadamSetakat ni saya guna kompos tesco je untuk buat semaian. Cuma nisbah kompos tesco pun macam tak kompos. Apapun, ia murah~
Kadang kadang terlintas juga nak adun tanah kompos untuk semaian dan edar melalui blog ini. Tapi ruang dan masa terhad, tak dapat hasilkan banyak. Mungkin boleh cuba dengan jumlah yg terhad dulu sebagai percubaan.
PadamTuan Is, Lynn tabur garam kat keliling sunflower nak elak dimakan siput dan lintah bulan yg tersgtlah besarnya,tapi lepas tu daun bhg bawah dah mulai kuning.. tu sebab terkena garam tu ker? atau x cukup air?
BalasPadamDua-dua yang berkait. Larutan garam menyebabkan cecair dalam akar meresap keluar. Pokok kehilangan air. Untuk bunuh siput boleh guna pellet yg dijual di nurseri. Atau tabur garam atas siput secara terus. Atau pecahkan aja cangkerangnya.
PadamSaya dok tanam cili tapi beli yang dah besar. Lepas 3 minggu padam. Saya baru pindah umah. Semua tanah dah saya ganti dengan top soil. Any advice.
BalasPadamJnga