Thyme adalah tumbuhan herba yang digunakan dalam masakan. Daunnya wangi dan mempunyai bau seakan-akan bau limau. Benih thyme amat halus. Sebelum ini saya elak mengedarkan benih herba kerana ia memerluka kesabaran kerana tumbuhan herba lazimnya mengambil masa yang lama untuk bercambah. Pertumbuhannya juga lambat sehingga ia tumbuh kiria-kira 4 inci atau 10 cm, barulah tumbuhan ini kukuh dan pertumbuhannya semakin galak.
Menyemai Thyme
1. Oleh kerana benih Thyme terlalu halus ia tidak perlu direndam sebelum disemai.
2. Letakkan tanah semaian (potting mix) yang kaya dengan bahan organik di dalam bekas semaian. Lembapkan tanah menggunakan penyembur.
3. Tabur benih Thyme.
4. Tabur tanah yang longgar (loose soil) kira-kira 1 mm dalamnya.
5. Tutup dengan plastik hitam selama 48 jam.
Benih Thyme akan bercambah selepas 1 hingga 12 minggu selepas disemai.
Mengalih
1. Apabila pokok mencecah 4 inci atau 10 cm, alih bekas semaian ke lokasi tempat pokok akan dialih sekurang-kurangnya 2 atau 3 jam sehari di waktu siang untuk mengukuhkan pokok.
2. Selepas seminggu alih semaian ke tanah atau pasu yang lebih besar.
3. Siram sekurang-kurangnya sekali sehari. Pastikan tanah mempunyai saliran yang elok.
4. Apabila pokok telah kukuh dan mencecah 10 cm, siram sekurang-kurangnya 3 hari sekali.
4. Apabila pokok telah kukuh dan mencecah 10 cm, siram sekurang-kurangnya 3 hari sekali.
Penjagaan
1. Merumput sekurangkurangnya 1 kali seminggu.
2. Baja menggunakan baja organik dua minggu sekali.
Menuai
Apabila pokok mencecah 20 cm (8 inci) kerat batang dengan hanya meninggalkan 10 cm (4 inci) dari pangkalnya. Ini untuk mengelakkan pokok menjadi renggeh dan pertumbuhan kurang galak. Gunakan keratan dalam masakan atau jemur dan jadikan perisa makanan.
Menjaga
Lazimnya pokok Thyme tidak diganggu makhluk perosak. Tanah jangan terlalu lembap kerana thyme tidak tahan air.
Abg..cara mcm nie boleh dipraktiskan tak untuk dill/basil/rosemary dan lain2 pokok herba?
BalasPadamDill atau Basil boleh gunakan kaedah yang sama. Kalau Rosemary lebih baik semai guna keratan.
Padamabg..stink bugs nak hapuskan macamana?ada kaedah lain tak selain tembakau?mcm x effektif je..
BalasPadamEn. Is, letak la skali gambar pokok tyme tu...hehe sy xkenal cmne pokokny...;p
BalasPadamTerima kasih. Cadangan yang baik. Kadang-kadang terlepas pandang.
Padamsalam bang,
BalasPadamsaya selalu beli herbs ni yang dah tumbuh dlm pasu, tapi bila bawak balik rumah, mesti mati dlm masa 1-2 minggu. Ade org bagi tips , saya siram setiap hari, dia mati, siram 2 hari sekali pun mati jugak, saya letak kat dlm dapur supaya tak direct matahari, mati, letak kat bawah shades kat balcony pun mati...dah 5 kali dah beli pokok, tapi mati jugak...tolong bagi tips sikit....saya nak beli benih thyme dgn parsley, ada stock lagi?
Siram 2 atau 3 hari sekali. Herb mediterranean tak boleh kena air yang banyak. di Mediterranean, musim panas adalah kering. kalau terima banyak air, pokok mula jadi hitam (serangan fungus) dan mati.
PadamBuat masa ini thyme dan parsley tiada stok. Chnese celery dan celery ada stok.
salam.
BalasPadamsy baru nak belajar tanam pokok2 herba nih, tapi di kedah ni susah nak dapatkan benih2 dia...dengan kata sy pon xtau nak cari mana...heheh... :)
bertuah la sy jumpa page nih...:) bleh buat rujukan selain dok belek buku...:P sy nak beli benih thyme, rosemary atau apa2 ja yg bleh sy tanam dalam pasu...maklum la dok taman...
Salam sheda,
PadamBuat masa ni benih tiada dalam stok. Bila ada nanti saya akan warwarkan dalam blog.
salam...alhamdulillah jumpa juga.informasi beguna untuk tanaman tyhme...terima kasih.ingin cuba menanam kembali pokok
BalasPadamthyme..setelah 2 kali kecundang...doakan kali ini berjaya
InsyaAllah akan berjaya. Jangan putus asa.
Padamlokasi kat mana ye
BalasPadamSemua benih yang dipesan dikirim menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia. Lokasi tidak menjadi masalah.
Padamthyme masa bercambah memang halus sangat? sebab benih thyme saya nampak seolah2 ada biji2 halus berwarna hijau pucat.. atau ianya kulat menyerang?
BalasPadamYa, ia sangat halus.
PadamEn Iskandar , Benih Thyeme dan rosemary ada tak lagi?
BalasPadamBelum ada. Saya belum singgah ke tempat pembekal benih.
PadamEn. Iskandar, benigh thyme and rosemary ada stok?
BalasPadamSaya belum dapat stok baru.
Padamkat mana ada jual benih?
BalasPadamSalam.. En Is ada jual rosemary (keratan) tak? Bnih tulasi ada stok? TQ
BalasPadamKeratan rosemary ada stok. Benih thulasi pun ada stok.
PadamThyme boleh semai guna keratan tak? Tapi batang thyme sgt la halus
BalasPadamBoleh.
Padamade x jual pkk thyme ni???
BalasPadamRosemary macam layu May b sbb dh trlebih air..boleh ke pokok tu segar kmbali? Daun thyme n parsley kekuningn..knape ye? Basil pun layu..
BalasPadam