Tanamsendiri – Chrysenthemum
Chrysenthemum adalah pokok bunga yang tahan lama yang tahan
panas. Ia akan menghasilkan bunga yang
banyak dan lama jika dijaga dengan cara yang betul. Chrysenthemum ditanam menggunakan keratan
batang atau dengan menyemai biji benih.
Dalam posting ini saya akan jelaskan secara ringkas cara menanam
Chysenthemum menggunakan biji benih.
Alatan dan Bahan
Tanah kompos, pasu kecil atau dulang semaian
Cara Menyemai
1. Masukkan tanah ke dalam bekas semaian atau dulang
semaian.
2. Letakkan bekas
semaian ke dalam dulang.
3. Tuangkan air ke dalam dulang sehingga sedalam 1 inci atau 2.5 cm. Biarkan air meresap masuk ke dalam bekas semaian.
4. Taburkan biji benih ke dalam bekas semaian. Setiap satu bekas atau sel semaian taburkan 3 biji benih.
5. Taburkan tanah organik yang ringan kira-kira 2 mm menutup permukaan tanah semaian untuk mempastikan biji benih tidak terbang ditiup angin.
6. Tiap-tiap hari, tambahkan sedikit air di dalam dulang
untuk mempastikan tanah semaian sentiasa lembap tetapi tidak terlalu basah.
7. Anda tidak perlu tutup bekas semaian. Benih akan bercambah dari 10 hingga 14 hari.
Mengalih
1. Alih semaian apabila akar kelihatan tumbuh keluar
daripada bekas semaian atau selepas terdapat 2 set daun sebenar. Tanah tempat pokok dialih perlu lembap tetapi
mempunyai saliran yang elok.
2. Jarakkan anak pokok kira-kira 4 hingga 6 inci.
3. Siram sekurang-kurangnya sekali sehari terutamanya di
waktu pagi.
4. Setelah pokok berbunga dan bunga kering, pakas tangkai
bunga dan ranting yang telah mati untuk menggalakkan pokok tumbuh rendang.
Alhamdulillah..terima kasih abg Is..saya cuba buat esok pagi..oh ya..bekas semaian yg diletak dalam dulang tu..bolehkah diletakkan dalam bilik?ataupun dibiarkan di bawah cahaya matahari?sebab saya tanam benih petunia dgn cara nie tapi diletakkan dalam bilik..tak hidup2..last2 berkulat..
BalasPadamChrysenthemum perlukan haba serta cahaya ketika proses percambahan, dan kebiasanya benih disemai di tempat cerah. Begitu juga dengan petunia. Ia perlukan cahaya ketika dalam proses percambahan.
Padamnak kongsi sikit. saya tanam petunia tabur atas tanah
BalasPadamlembab. saya guna tanah campuran peat moss. biar saja
benih terdedah pada cahaya matahari. tiap hari saya
sembur dengan air. dalam seminggu benih bercambah
Terima kasih kopi untuk maklumat tersebut. :)
PadamTuan Kopi,
Padamtuan beli tanah campuran peat moss di mana?
boleh dapat dekat nursery berhampiran. saya silap
BalasPadamtulis. coco peat sebenarnya atau bahasa melayunya
sabut kelapa. campuran coco peat. tanah bakar . pasir
dan baja
saya buat keratan pokok ni, tapi semua tak jadi, batang jadi kering. saya cuba lembapkan tanah sahaja sebab air tak boleh terlalu banyak kan..
BalasPadamSeeloknya di peringkat awal celup dalam hormon pengakar (rooting hormon, serbuk berwarna putih kuning) dan rendam bahagian pangkal dalam air. Tunggu sehingga akar tumbuh.
Padam