Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 7 Jun 2012

Tanam Sendiri -- Buah Nona

Pokok Nona atau nama latinnya Anona squamosa adalah pokok beranting yang tumbuh dari 3 hingga 10 meter. Buah Nona lazimnya sebesar penumbuk adalah terdiri dari himpunan buag yang mempunyai biji sepanjang 2 hingga 3 cm yang diselaputi isi putih yang manis.  Ia  mampu tumbuh subur dalam tanah yang pelbagai dari tanah yang berpasir hingga tanah liat.

Buah Nona

Pokok Nona ditanam dari biji.  Biji yang segar dari buah lazimnya tidak tumbuh.  Biji perlu disimpan sekurang-kurangnya seminggu sebelum disemai.

Menyemai
Lukakan kulit biji dan semai dalam lubang sedalam 4 cm dengan bahagian tirus di sebelah bawah.  Jika biji tidak dilukakan ia akan bercambah kira-kira 30 hari selepas disemai.  Biji yang dilukakan akan bercambah dalam masa yang lebh singkat.  Jangan rendam biji sebelum menyemai kerana ini akan melemaskan biji benih.

Alih
Alih pokok selepas daun set yang ketiga tumbuh.  Jarakkan kira-kira 10 hingga 12 kaki di antara pokok.  Pokok Nona tumbuh subur dalam tanah lom atau tanah berbatu kapur yang mempunyai saliran yang elok.

Buah
Pokok akan mula mengeluarkan hasil selepas 8 bulan disemai.  Pokok yang berusia 2 tahun akan menghasilkan 50 hingga 100 lebih buah setahun.  Bagaimanapun pokok yang tidak didebunga secara manual jarang menghasilkan buah melebihi 100 biji.    Pokok Nona menghasilkan buah sehingga 20 tahun.



8 ulasan:

  1. ermmm..saya baru je semai hari isnin benih nona, tapi saya tak toreh pulak. boleh ke saya korek balik ambik benih tu untuk toreh semula?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak toreh pun tak apa. Cuma lambat sikit ajer bercambah. Pastikan tanah semaian lembap tetapi tidak terlalu basah.

      Padam
  2. assalam..boleh tak tolong terangkan proses pendebungaan secara manual yg betul?

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah saya akan buat posting bergambar bila berkesempatan nanti.

      Padam
  3. Salam E. Iskandar, nak tanya, ada tak jual benih nona?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam. Ada jual. Benih nona ada stok.

      Padam
  4. Assalamualaikum. TTn, bahagian mana biji benih perlu dilukakan dan . sebesar mana? sbb kulitnya keras. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahagian tengah. Toreh hingga nampak isi.

      Padam