Alhamdulillah, semaian Ceri Tomato baka Full House telah bercambah. Begitu juga dengan semaian Terung Panjang Hijau. Sebenarnya ini kali pertama saya semai benih Terung Panjang Hijau. Tidak sabar menunggu kerana saya pernah dengar keenakan buah terung panjang hijau dalam masakan kari tapi belum pernah berpeluang merasanya. InsyaAllah kalau ada rezeki, pokok ini akan berbuah, dapatlah merasa.
Niatnya pokok tomato ceri ni nak ditanam tertonggeng sebagaimana yang telah disarankan oleh Saudara Eugene Chong. Saudara Eugene Chong minat menanam pokok buah. Ada berbagai jenis pokok yang jarang ditemui telah ditanam. Saya belum berkesempatan mempamerkan gambar yang telah dikirim oleh rakan-rakan. Masih struggling dengan penulisan buku. :)
 |
Cambahan Tomato Ceri baka Full House pada hari ke 5 selepas disemai. |
|
|
 |
Cambahan Terung Panjang Hijau pada hari ke 5 selepas disemai. |
Abg..benih pokok bunga ros atau keratan pokok bunga ros ada tak?atau kat mana saya boleh dapatkan?
BalasPadamKebiasaannya nurseri ada jual pokok bunga ros. Pokok bunga ros lazimnya ditanam dengan keratan batang. Dulu pun saya ada tanam. Bagi saya rose sangat istimewa sebab bila kita jaga sahaja, pasti ia akan hadiahkan dengan bunga yang mekar. Cuma bila ada anak kecil saya serahkan pokok rose pada kawan-kawan. Bimbang sebab rose berduri.
Padamsaya memang berminat nak buat kaedah Topsy turvy memandangkan anak tomato baka MT dan tomato ceri juga sudah disemai tapi tak pasti nak gunakan baka yang mana satu. baka MT sudah terlalu besar, baka tomato ceri pula masih kecil..
BalasPadamDua-dua sesuai digunakan.
Padamsalam tuan,
BalasPadamsaya ada menanam benih tomato ceri..nak tau berapa lama tempoh masa dari semaian sehingga pokok mengeluarkan buah??saya ingat dah lama saya semai pokok ni tapi pokok macam bantut...x sampai sekaki pun...dah 2 bulan jugak tu...tapi pokok subur.
Kalau begitu mula suap dengan baja yang kaya dengan fosfat. Biasanya 2 bulan pokok dah belajar berbunga. Dalam 3 bulan dapat tuai hasil.
Padamkalau saya guna baja organik, apakah bahan yang kaya dengan fosfat ni tuan??saya bab kimia ni x pandai sangat.
BalasPadamSila rujuk posting terdahulu.
Padamhttp://www.tanamsendiri.com/2012/10/apakah-kandungan-baja-npk-dalam-bahan.html
fosfat is fosforus yer tuan?? P in NPK refer to phosphat??
BalasPadamYa, N untuk Nitrogen, P untuk Phosphorus dan K untuk Kalium (Potassium).
Padam