Apabila dewasa, kita kebiasaannya akan mula
kurang minum susu sedangkan badan kita perlukan khasiat yang ada di dalam
susu. Saya sendiri gemarkan susu
segar. Susu segar memang enak. Malangnya susu segar mahal harganya dan tidak
tahan lama. Selepas beberapa minggu, ia
akan mula rosak. Untuk mengelakkan
pembaziran, kita boleh panjangkan usia susu dengan memprosesnya menjadi yogurt.
Anda juga boleh dapatkan susu yang murah
di pasaraya iaitu yang telah hampir luput tarikh penggunaannya (produk berlabel
kuning) dan proses menjadi yogurt. Yogurt kaya dengan protein, kalsium,
magnesium, asid amino perlu dan bakteria baik yang diperlukan dalam sistem
pencernaan badan.
Lagipun, yogurt yang dibuat
sendiri rasa lebih enak, tiada bahan awet, dan murah.
Bahan/alatan
Pemanas (hot plate) dan periuk dengan penutup atau periuk nasi elektrik.
1 sudu logam.
2 sudu besar Yoghurt kosong (yang
mengandungi bakteria hidup), biasanya dijual dalam bekas berwarna putih dengan
label “Contains live culture”.
2 liter susu segar (boleh guna
susu rendah lemak).
Termometer (kalau tiada pun tak
apa)
Cara Membuat
1. Anda perlu nyahkuman (sterile) alatan untuk membuat
yogurt. Letakkan air kira kira ½ periuk
dan masukkan sudu dan termometer dan rebus sehingga mendidih. Proses ini akan membunuh semua organisma pada
alatan dan dalam periuk.
2. Nah sekarang anda sedia untuk
membuat yogurt. Keluarkan sudu dan
termometer dan letakkan di tempat yang bersih.
Misalnya, letakkan dalam gelas yang berisi air panas. Tuangkan air dari periuk.
3. Tuangkan susu ke dalam periuk. Panaskan periuk sehingga suhu susu mencecah 82 darjah Celsius (180
darjah Fahrenheit), iaitu panas tapi tidak sampai mendidih selama 30 minit. Gunakan api sederhana. Tujuan pemanasan ini ialah supaya semua bahan
cemar termusnah dan protein susu separa pecah dan sedia untuk dicerna oleh
bakteria yogurt. Susu akan kelihatan
berketul.
4. Tutup api dan biarkan suhu yogurt turun
hingga 43 darjah Celsius (110 darjah Fahrenheit) atau suam kuku. Suhu ini sesuai untuk bakteria yogurt
membiak.
5. Masukkan dua sudu yogurt. Gunakan sudu yang telah di nyahkuman.
6. Kacau sehingga rata.
7. Letakkan periuk di atas hot plate atau dalam
periuk nasi elektrik dan panaskan pada tahap medium, atau keep warm pada periuk
nasi selama 7 jam. Tutup periuk.
8. Kacau campuran setiap jam
untuk pecahkan ketulan.
9. Selepas 7 jam, yogurt telah tercerna. Untuk kurangkan aktiviti bakteria, tuangkan
campuran ke dalam bekas kecil atau balang dan simpan bermalam di dalam peti
sejuk.
10. Yogurt sedia untuk dinikmati. Campurkan jem roselle tanamsendiri, atau
perisa oren, rasanya mmmph enak.
(gambar belum letak)
tuan, yg no. 4 tu sepatutnya suhu susu ke? pnskan susu dlm periuk lain kan, bukan dalam periuk yg ada air utk steril sudu kan? maaf tanye soalan kurang cerdik bunyinye hehe kalau dipanaskan selama 7 jam, x keringkah?
BalasPadamOwh step keluarkan air tertinggal. Periuk yang sama sebab kita nak periuk bebas kuman. Kalau periuk lain, perlu rebus air juga. Ada kekeliruan disitu, saya akan baiki step.
Padamkalau pakai periuk nasi, kene sterilkan jugak periuk nasi tu jawabnya....
PadamTerima kasih Wanie sebab tunjukkan kekeliruan tersebut. Kita gunakan periuk yang sama. Jika gunakan periuk nasi elektrik boleh terus guna pemanasan dalam periuk tersebut. Tujuan kita gunakan periuk nasi elektrik ialah untuk menggantikan hot plate dan suhu pada setting keep warm amat sesuai untuk membantu pertumbuhan bakteria yogurt dalam susu. Isu utama ketika membuat yogurt adalah organisma lain yang mungkin akan mencemar ramuan yogurt, sebab itu perlu di strile dulu alatan. Saya syorkan periuk yang sama supaya dapat pastikan periuk bebas kuman. Tapi air panas yang digunakan untuk memanaskan alatan perlu dituang terlebih dahulu sebelum digunakan.
PadamKalau nak guna periuk lain pun boleh tapi perlu didihkan air di dalamnya dulu untuk bunuh kuman dalam periuk tersebut.
Ya, suhu yang dinyatakan adalah suhu susu. Kalau tiada jangka suhu, panaskan jangan sampai mendidih selama setengah jam. Untuk suhu peram, gunakan keep warm pada periuk elektrik. Suhu tersebut terbaik untuk peram yogurt.
Padamterima kasih. sy memang tgh cr yogurt maker. skang bolehla jimat duit dgn buat yogurt guna periuk nasi elektrik. lebih pelbagai guna...
Padam:)
PadamSalam Tuan,
BalasPadamDalam step #3 ada statement ini: "Suhu akan kelihatan berketul." utk ayat terakhir. Adakah typo error?
Ada beza tak antara guna periuk nasi elektrik yg biasa berbanding guna periuk jenis slow cooker?
Kalau guna slow cooker, pastikan ia panaskan setakat 43 darjah Celsius sahaja.
PadamYa, typo lagi. Terima kasih Sdr Baguznet sebab tolong tunjukkan ralat tersebut. Minggu ni struggle dengan buku. Itu yang kelam kabut sedikit. Ada masa 1 jam sahaja untuk prepare artikel blog tanamsendiri. Lagi 2 tiga hari free lagi. :)
PadamApa apa pun penjelasan tuan tentang resepi Yoghurt ini adalah versi yang terbaik...Tahniah..so..malam nanti..boleh lah saya pinjam sat periuk nasi kesayangan isteri saya tu..hihihihiih....Thank you tuan...
BalasPadamYou are welcome.
Padam