Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 22 Jun 2012

Resepi -- Sup Lada Hitam Labu Air


SUP LADA HITAM LABU AIR

Bahan-bahan
1 biji labu air tanamsendiri
4 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar ikan bilis ditumbuk kasar
1 cawan soohoon yang telah direndam
2 sudu minyak masak
4 cawan air
2 sudu the garam, atau secukup rasa

 Cara Memasak
1. Buang kulit labu air tanamsendiri dan potong kecil.
2. Lumatkan bawang putih dan lada hitam.
3. Panaskan minyak masak.
4. Tumis bawang putih, lada hitam dan ikan bilis.
5. Bila sudah naik bau, masukkan air dan garam.
6. Apabila air mendidih masukkan labu dan soohoon. 
7. Masak lebih kurang 5 minit atau sehingga labu masak.

(Sumber resepi: Zaitun Ismail)

Hidangan Makan Malam, Sup Lada Hitam Labu Air, Budu dengan Cili Ceri, Bilis Goreng Pedas Manis, Labu Pendek Ratna.  Bilis pemberian Puteri Purnama terbang khas dari Sabah.


3 ulasan:

  1. budu tu memang penaik selera tu... hilang smua diet...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah, anak2 lelaki yg tinggal kat rumah semua dah naik badan.

      Padam
  2. alhamdulillah akhirnya jadi menu juga bilis kopek tu,hehehe.kailan ikan masin tak kongsi gambar, hehehe..
    Ikan masin tebal isi sedap tumis bersama cili +kacang soya jeruk atau tahu mentah.

    BalasPadam