Kebiasaannya pokok bunga matahari mempunyai sekuntum bunga pada hujung pokok. Kalau rakan-rakan baca buku pertanian, lazimnya mereka menyuruh rakan-rakan buang bunga sekunder yang tumbuh pada ketiak daun supaya bunga utama membesar pada tahap ayng maksimum. Pada pendapat saya, jika dibiarkan bunga sekunder tumbuh dan kembang, jangka hayat bunga mekar pada pokok lebih lama kerana ketika bunga utama telah layu dan kering masuh terdapat bunga sekunder yang masih mekar. Walaupun saiz bunga utama tidak sebesar yang mungkin, bukankah kita tanam pokok bunga matahari untuk menikmati susasana ketika bunga mekar?
![]() |
Pokok Matahari yang sedang berbunga. |
saya sayang nak buang pokok atau bunga... biarkan sahaja... sampai mmg pokok mati sendiri baru saya buang...
BalasPadamCuma kalau tak buang bahagian yg kering, pokok kelihatan tak terurus. Ada pula pokok yg memang akan mati kalau tidak dipangkas.
Padamtengah menunggu kuntum matahari kering.... lepas ini boleh tanam banyak2...
BalasPadamlepas ni agaknya boleh kongsi2 benih bunga matahari pula....
Ada sahabat saya dari Dungun Terengganu singgah di rumah. Dia pula terfikir nak tanam banyak banyak untuk dijadikan makanan burung peliharaannya. Risau aja saya bimbang kalau dia minta beli dalam kuantiti yang banyak. Benih Tanamsendiri sasarannya hobbyist sahaja. Stok tak banyak, kecuali benih yang lazim dibeli, misalnya sawi.
Padamtapi kalau tanam dengan cara yang betul... 10 biji/pokok boleh menghasilkan beribu2 biji benih... kalau simpan 10% daripada jumlah itu dah memadai...
Padamsebab itu beli benih yang takleh dapat benih daripada pokok... macam sawi, kailan dan sebagainya... yang lain boleh tunggu pokok berbuah/bunga...
Betul tu. Benih boleh dikumpul dalam masa yang singkat. Dulu saya terbaca dalam buku tak boleh hasilkan benih salad. Bila saya biarkan salad bolting, saya dapat hasilkan benih yang banyak. Benih yang lambat dituai ditiup angin dan tidak lama selepas itu salad tumbuh melata seperti rumpai. :)
Padamsalad saya sampai da bolting... pastu ambil benihnya.... bernas juga...
Padampokok matahari da mula menunduk ke bumi.... berat sangat kuntumnya.... dah boleh petik atau kena tunggu kering sampai kuning/perang/layu???
sy tanam semua benih yang sy beli ngan tuan...awalnya semua bercambah...tapi lepas 2 bulan 5 pokok je yg hidup...1 lagi batang pokok dah kering sikit...yang lain sume mati... :(
BalasPadamHmmmm.... Mungkin selepas ni kita patut juga bincangkan tentang kaedah untuk kekalkan tanaman agar subur selalu. Apa lagi sekarangni cuaca amat panas.
Padamdah siram selalu...baja pun dh letak...tak tau la cmne...sedih pulak tgok pasu tu kosong pokok mati...
BalasPadamEna guna baja apa? Macamana rupa pokok sebelum nak mati?
PadamSeeloknya tunggu sampai kering.
Padambaja soya...sblum mati tu batang die kering...mcm xckup zat je...huhu...pastu mati terus...tapi ade 3 yg segar lg skrg ni...yg lain2 pokok daun dh blubang2...pokok kecik lagi dh kne serang ulat..
BalasPadamMungkin terkena penyakit damping off akibat serangan kulat.
PadamAssalamualaikum... maaf bertanya... berapa lama jangka hayat pokok bunga matahari selepas berbunga? Adakah selepas berbunga akan mati atau boleh mengeluarkan bunga yg lain macam pokok pokok lain2
BalasPadamTerima kasih..☺